Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

146) APLIKASI SELANGKAH

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Nyatakan bilangan pengguna Selangkah sejak penghentian fungsi pengesanan kontak dan kadar penggunaan.

    Jumlah pengguna Selangkah sehingga 28 Februari 2022 adalah dianggarkan mencecah 900,000 pengguna.

  2. Nyatakan status Selangkah Wallet, bilangan pengguna dan rancangan Selangkah Wallet dalam usaha digitalisasi Kerajaan Negeri.

    Selangkah Wallet sudah diaktifkan sejak pelancarannya pada 4 Disember 2021. Sehingga 28 Februari 2022, bilangan pengguna yang telah mengaktifkan Selangkah Wallet adalah seramai 5,415 pengguna. Selepas pelancarannya, Selangkah Ventures Sdn Bhd (“SVSB”) meluaskan lagi usahanya melalui pelbagai inisiatif. Inisiatif Selangkah yang utama ialah dengan memperbanyakkan lagi rakan niaga menggunakan Selangkah Wallet. Justeru itu, SVSB juga berganding bahu dengan syarikat dan korporat untuk menggumalkan aplikasi e-platform di dalam bidang kesihatan dan perniagaan dalam talian. SVSB juga berusaha meningkatkan usaha pemasaran bagi meluaskan skala penggunaan baharu.

Lampiran

Tiada Lampiran.