Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

110) APLIKASI SELANGKAH

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mazwan Bin Johar

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Adakah maklumat pintar yang diperolehi daripada aplikasi SELangkah berkesan dalam mengidentifikasi pesakit Covid-19 yang telah mengunjungi premis di Negeri Selangor?

    Maklumat yang diperolehi adalah berkesan di mana Kerajaan Negeri Selangor mempunyai akses kepada “dashboard contact tracing” SELangkah dimana Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) dan Selangor Task Focr COVID-19 (STFC) dapat menjejak dan mengesan pergerakan individu yang positif COVID-19.

  2. Bagaimanakah penggunaan aplikasi SELangkah membantu Kerajaan Negeri mengawal penularan wabak Covid-19?

    Penggunaan aplikasi SELangkah membantu Kerajaan Negeri Selangor mengawal penularan wabak COVID-19 menerusi sistem “contact tracing” serta maklumat yang dibekalkan oleh pengguna, Kerajaan Negeri Selangor dapat mengenalpasti pergerakan individu positif COVID-19 yang berada di lokasi berisiko tinggi. Tarikh dan waktu pergerakan individu yang menggunakan aplikasi SELangkah dipantau selama 14 hari ke belakang.

  3. Adakah sistem SELangkah telah dilengkapi dengan pengesanan kontak (contact tracing) oleh Jabatan Kesihatan Negeri?

    Ya, ciri pengesanan kontak (contact tracing) adalah tersedia di dalam ekosistem SELangkah.

Lampiran

Tiada Lampiran.