Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

30 Oktober 2020 - 12 November 2020

21) Aplikasi Selangkah

Tahun: 2020

Sesi: 3

Isu: Sains, Teknologi & ICT

Adun: Y.B. Tuan Mohd Najwan Bin Halimi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah kos yang dibelanjakan untuk pelaksanaan penggunaan aplikasi SELangkah?

    Kerajaan Negeri tidak membelanjakan sebarang kos bagi penggunaan aplikasi SELangkah. Aplikasi SELangkah dimiliki oleh Selangkah Ventures Sdn Bhd dengan ekuiti 60% dimiliki oleh SELGATE Healthcare Sdn Bhd (anak syarikat milikan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor).

  2. Apakah proses pemilihan aplikasi SELangkah dibuat secara tender terbuka atau runding terus?

    Aplikasi SELangkah dibangunkan hasil inisiatif Selangor Task Force Covid-19 (STFC dan tidak menggunakan dana Kerajaan Negeri Selangor.

  3. Sejauh manakah aplikasi SELangkah berjaya dalam memenuhi objektif Kerajaan Negeri dalam mencegah penularan Covid-19?

    SELangkah adalah satu aplikasi Teknologi Kepintaran Buatan (AI) bukan komersil yang dibangunkan hasil inisiatif STFC yang telah digunapakai semenjak 5 Mei 2020. Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf penggunaan SELangkah sebagai aplikasi “contact tracing” bagi membendung wabak Covid-19. Penggunaan aplikasi ini memperlihatkan kebolehan industri perniagaan untuk beroperasi semula dengan selamat semasa wabak melanda. Penggunaan aplikasi Selangkah sudah tidak asing lagi di Selangor sebagai jejak kontak kepada pergerakan orang awam yang dikumpulkan melalui sistem log digital

Lampiran

Tiada Lampiran.