Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
117) APLIKASI PARKIR DALAM TALIAN PBT
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sila menyatakan jumlah pelanggan menggunakan aplikasi parkir dalam talian yang dikendalikan oleh Flexi parking mengikut susunan Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Bandaraya Shah Alam, Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya?
a) dan b)
Jumlah pelanggan yang menggunakan aplikasi parkir dalam talian yang dikendalikan oleh Flexi Parking bagi empat (4) PBT iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) sebanyak 26,268 orang. Seterusnya, jumlah kos pengurusan “Flexi Parking” hanya di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berjumlah RM3,995.34. Manakala tiga (3) PBT lain iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), dan Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) tidak mempunyai kos pengurusan “Flexi Parking”. Berikut adalah butiran jumlah pelanggan dan kos pengurusan Aplikasi “Flexi Parking” seperti berikut:
PBT
JUMLAH PELANGGAN MENGGUNAKAN APPLIKASI “FLEXI PARKING”
TAHUN 2017
KOS PENGURUSAN “FLEXI PARKING” (RM)
MBSA 10,819 Ditanggung oleh konsesi PBT
JUMLAH PELANGGAN MENGGUNAKAN APPLIKASI “FLEXI PARKING”
TAHUN 2017
KOS PENGURUSAN “FLEXI PARKING” (RM)
MPAJ
8,876
RM3,995.34
MPS
2,913
Ditanggung oleh konsesi
MPSp 3,660 Ditanggung oleh konsesi JUMLAH 26,268 RM3,995.34 Nota: Sumber Pihak Berkuasa Tempatan
-
Berapakah kos pengurusan dibayar oleh setiap PBT untuk flexiparking?