Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023
10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)
338) APAKAH TINDAKAN JABATAN VATERINAR TERHADAP ADUAN LEMBU DAN KERBAU BERKELIARAN DI SESUATU TEMPAT SEHINGGA MENGGANGGU KEHIDUPAN DAN TANAMAN PENDUDUK?
Tahun: 2023
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah tindakan Veterinar terhadap aduan lembu kerbau berkeliaran di kawasan Sungai Ramal Luar bagi tahun 2018 hingga 2023?
Apabila menerima aduan lembu kerbau berkeliaran, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor (DVS Selangor) dengan segera melaksanakan lawat siasat dalam tempoh 72 jam daripada tarikh aduan diterima. Lawat siasat ini bertujuan untuk mengenal pasti pemilik lembu dan kerbau yang berkeliaran. Setelah pemilik haiwan berkenaan dikenal pasti, pegawai-pegawai DVS Selangor memberi peringatan dan khidmat nasihat supaya penternak berkenaan menambah baik sistem penternakan dan tidak lagi menimbulkan gejala haiwan berkeliaran dan sebarang kacau ganggu. Lawat siasat lanjutan dilaksanakan sekiranya diperlukan. Seterusnya, DVS Selangor menyertai sebarang operasi bersepadu menangani masalah lembu dan kerbau berkeliaran yang biasanya diketuai oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Berdasarkan rekod DVS Selangor, tiada aduan lembu kerbau berkeliaran di kawasan Sungai Ramal Luar bagi tahun 2018 hingga 2023. Kebiasaannya, aduan lembu kerbau berkeliaran diajukan kepada dan diuruskan oleh PBT setempat sebelum seterusnya dimaklumkan pula kepada pihak DVS sekiranya diperlukan.