Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

172) APAKAH STATUS PROJEK PEMBESARAN JALAN DARI JAMBATAN KETIGA KLANG HINGGA PERSIARAN JALAN MUDA MUSA

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah penduduk yang terkesan akan di beri pampasan?

    Projek Pembesaran Jalan Dari Jambatan Ketiga Klang Hingga Jalan Muda Musa (Pakej 2) adalah di bawah pelaksanaan dan bidang kuasa Ibu Pejabat JKR Malaysia. Projek ini sedang dalam peringkat perancangan dan kajian Sosial Impact Assesment (SIA) bagi projek ini telah telah dilaksanakan dan akan dibentangkan kepada Kementerian Kerja Raya dan EPU untuk menentukan halatuju pelaksanaan projek.
    Penduduk yang terkesan dan terlibat dengan proses pengambilan tanah akan diberikan pampasan yang setimpal berdasarkan kepada penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) dan juga keputusan akhir oleh Pentadbir Tanah dari Pejabat Daerah dan Tanah.

Lampiran

Tiada Lampiran.