Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

313) APAKAH STATUS PERLANCONGAN NEGERI SELANGOR PADA MASA KINI

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pelancongan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status pelancongan Negeri Selangor pada masa kini,berapakah jumlah kemasukan pelancong luar negara dan domestik,apakah jumlah anggaran tourist recaipt yang diperolehi oleh Negeri Selangor?

    Bagi tahun 2023, jumlah kedatangan pelancong ke Negeri Selangor adalah seramai 6.54 juta pelancong di mana peningkatan sebanyak 46.4% berbanding tahun 2022. Daripada jumlah 6.54 juta orang pelancong tersebut, 68% adalah merupakan pelancong domestik (4.45 juta pelancong) manakala 32% lagi merupakan pelancong antarabangsa (2.09 juta pelancong). Jumlah perbelanjaan pelancongan (Tourism Receipt) bagi tahun 2023 dianggarkan sebanyak RM9.5 billion.

Lampiran

Tiada Lampiran.