Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
310) APAKAH STATUS PEMBINAAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2024
Sesi: 1
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah status pembinaan muzium setem dan muzium tekstil yang telah dicadangkan pembinaanya pada 2018? Jika ianya didalam proses berapa peratus setakat ini dan seandainya di tangguhkan apakah sebabnya?
-
Apakah status penjualan tanah golf milik PKNS di Tanjung Harapan? Saya mendapat maklum tempat tersebut telah menjadi satu kawasan terbiar dan tidak terurus antaranya semak samun,bangunan kosng dan terbiar.
Tanah yang dimaksudkan adalah tanah milik PKNS yang terletak di Pelabuhan Klang. Tanah tersebut telah mendapat perintah injuksi oleh mahkamah kerana terdapat isu perundangan daripada tahun 2018 sehingga 2023.
Kes ini berlanjutan sehingga ke Mahkamah Persekutuan namun kes ini telah berpihak kepada PKNS pada pertengahan tahun 2023.
Namun, sepanjang tempoh itu PKNS sentiasa menjaga keselamatan dan aset-aset PKNS di kawasan tersebut.
PKNS tidak berhasrat untuk menjual tanah tersebut dan telah ada perancangan untuk dijadikan sebagai hub perindustrian dalam tempoh 5 – 8 tahun ke hadapan bagi tanah yang dinyatakan.
-
Apakah status projek PKNS di Kampung Sg. Sireh dan perancangan pembinaan masjid yang patut dibangungkan bagi mengantikan surau sedia ada?
Terdapat sebahagian tanah PKNS yang terlibat dengan pengambilan tanah bagi Pembangunan Projek ‘East Coast Rail Line (ECRL)’ yang mana ia masih di peringkat perancangan di antara PKNS dan pihak Malaysia Rail Link Sdn Bhd.
Seterusnya, bagi status pembinaan masjid, merit dan pertimbangan terhadap pembinaan masjid tersebut akan dibincangkan oleh pihak JAIS bersama pihak Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi tempoh Rancangan Pembangunan Malaysia Ke-13 dan Ke-14 yang akan mula dilaksanakan pada tahun 2025 akan datang dan bergantung kepada kedudukan dan kesediaan tapak masjid yang dicadangkan di dalam Pelan Perancangan keseluruhan kawasan tersebut.