Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

158) APAKAH STATUS PEMBERIAN SUMBANGAN BAGI MANGSA BANJIR

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Kerajaan Negeri telah mengumumkan pakej bantuan kepada mangsa yang terkesan.apakah status pemberian sumbangan tersebut keranasaya menerima aduan penduduk Selat Klang masih ada yang belum menerima bantuan tersebut?

    Sehingga 31 Januari 2022, PDT Klang telah menerima sebanyak 70,983 borang permohonan Bantuan Selangor Bangkit (BSB) daripada penduduk Daerah Klang. Daripada keseluruhan jumlah ini, sebanyak 1,345 permohonan telah ditolak manakala seramai 69,638 orang ketua isi rumah (KIR) layak untuk menerima bantuan BSB ini.

    Untuk makluman Yang Berhormat, sehingga 28 Februari 2022 PDT Klang telah berjaya menyalurkan bantuan BSB kepada 60,425 (86.8%) orang ketua isi rumah (KIR) dengan masing-masing menerima bantuan berjumlah RM1000.00. Bagi waris yang kematian ahli keluarga akibat bencana banjir tersebut, bantuan BSB Khas Kematian berjumlah RM10,000.00 telah berjaya disalurkan kepada 6 orang waris dengan peruntukan sebanyak RM60,000.00. Keseluruhan peruntukan yang telah dibelanjakan dalam penyaluran Bantuan Selangor Bangkit (BSB) setakat 28 Februari 2022 bagi Daerah Klang adalah sebanyak RM60,485,000.00.

Lampiran

Tiada Lampiran.