Mesyuarat Kedua Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
24 Julai 2017 hingga 25 Julai 2017
76) APAKAH STATUS DAN PERKEMBANGAN TERKINI PEMBINAAN PERPUSTAKAAN UNTUK RAKYAT DAERAH SEPANG
Tahun: 2017
Sesi: 2
Isu: Pendidikan
Adun: Y.B. Puan Lai Nyuk Lan
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Bilakah projek ini akan dimulakan?
Sebagaimana yang diarahkan, pihak Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor dipinta untuk menyemak semula keperluan kos bagi membina baru Perpustakaan Daerah Sepang diatas tanah yang berkeluasan 7 ekar sebagaimana yang telah diperuntukan.
Semakan semula kos perlu dilakukan kerana peruntukan asal berjumlah RM6 juta di dalam RMKe 11 adalah tidak mencukupi.
Anggaran asal yang telah dilakukan oleh PPAS bersama arkitek ketika pembentangan keperluan bajet pembangunan RMKe 11 adalah berjumlah RM36 juta bagi keluasan 60,000 kaki/persegi.
Sehubungan itu, sebagai satu usaha perbelanjaan berhemah dan meminimumkan kos, pihak PPAS dan arkitek sedang membuat semakan semula dan memperhalusi dari aspek ruang pengguna, ruang pejabat, koleksi, kelengkapan, rekabentuk, kemudahan, infrastuktur dan keperluan lain dengan membuat pengurangan keluasan dari 60,000 kaki/persegi kepada 40,000 kaki/persegi.
Selain itu, pihak PPAS juga ada menerima cadangan PFI (private fund inisiative) dari beberapa syarikat yang akan dipanjangkan juga kepada Kerajaan Negeri dan pembentangan secara terperinci akan dilakukan didalam Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES).
PERINCIAN STATUS & MAKLUMAT TAMBAHAN PERPUSTAKAAN DAERAH SEPANG
Status projek pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang memerlukan semakan semula disebabkan 4 lot kedai berkeluasan 25,696 kaki persegi yang dicadangkan tidak bersesuaian sebagaimana Laporan Teknikal JKR ketika lawatan tapak pada 9 September 2016. Diantara isu yang dibangkitkan ialah:
- Bebanan dan rekabentuk tidak bersesuaian untuk tujuan perpustakaan
- Tiada ruang untuk sub station TNB dan memerlukan kerja pecah bagi pemasangan kabel elektrik, ICT dan telefon
- Ketiadaan ruang yang bersesuian bagi keperluan bomba seperti hose reel dan pam air
- Aras siling yang terhad menyebabkan pencahayaan lampu yang kurang optimum dan kipas siling tidak boleh dipasang.
- Rancangan pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang merupakan projek bina baru di tapak yang telah diberi milikan oleh oleh Pejabat Tanah & Daerah Sepang PT:4136 dan H.S.(D): 42193, Mukim Dengkel Daerah Sepang yang berkeluasan 7 ekar.
- Lokasi kawasan ini amat strategik dan dikelilingi bangunan mahkamah, sekolah menengah, pangsapuri, perumahan dan rumah kedai.
- Selain permintaan bagi mewujudkan perpustakaan yang amat tinggi, Daerah Sepang juga telah menunjukkan pembangunan yang pesat dengan keluasan 61,900 hektar, jumlah penduduk menghampiri 500,000 orang, pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta dan lebih 50 sekolah rendah dan menengah memerlukan sebuah perpustakaan yang lebih selesa dan sempurna kepada masyarakat.
- Berikut adalah urutan kes pewujudan Perpustakaan Daerah Sepang
Bil.
Perkara
Catatan
1.
Tapak Perpustakaan Daerah Sepang
Pejabat Tanah & Daerah Sepang telah meluluskan pemberimilikan tanah PT:4136 dan H.S.(D): 42193, Mukim Dengkel Daerah Sepang yang berkeluasan 7 ekar untuk tujuan pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang.
2.
RMKe11 (2016-2020)
PPAS telah mengemukakan kertas kerja bagi pembinaan Perpustakaan Daerah Sepang dengan kos RM36 juta.
3.
Peruntukan Pembangunan 2016
PPAS telah diperuntukan RM6 juta bagi Perpustakaan Daerah Sepang dengan cadangan pembelian lot-lot kedai di Bandar Baru Salak Tinggi
4.
Lot Kedai Bandar Baru Salak Tinggi
Dengan peruntukan yang diterima berjumlah RM3.5 juta bagi tahun 2016. PPAS telah membuat tindakan bagi pembelian lot-lot kedai sebagaimana berikut:
Lot Area Total 19
– 1,474 sq.ft (ground floor) – 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)
6,424 sq.ft/lot
21
– 1,474 sq.ft (ground floor)
– 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)
6,424 sq.ft/lot
23
– 1,474 sq.ft (ground floor)
– 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)
6,424 sq.ft/lot
25
– 1,474 sq.ft (ground floor)
– 1,650 sq.ft/floor (1st, 2nd, & 3rd floor)
6,424 sq.ft/lot
Jumlah 25,696 sq.ft 5.
Status pembelian lot kedai
Dokumen perjanjian pembelian (sale & purchase agreement) di antara PPAS dan PNSB pada peringkat akhir dan sedia dimuktamadkan untuk ditandatangani bagi pembelian lot-lot kedai iaitu 4 lot rumah kedai 4 tingkat di Jalan 4, Medan 120, Bandar Baru Salak Tinggi Sepang dengan harga hampir RM3 juta.
6.
Lawatan tapak
PPAS,UPEN dan JKR telah membuat lawatan tapak pada 9 September 2016 melibatkan aspek-aspek seperti berikut:
Ø JKR Sepang – kerja-kerja struktur
Ø JKR Selangor – kerja-kerja elektrikal & mekanikal
7.
Ulasan Teknikal JKR
Ringkasan ulasan JKR adalah seperti berikut:
Agensi Ulasan JKR Sepang (teknikal)
Ø Bangunan sedia ada berbentuk rumah kedai dan dikhuatiri bebanan dan rekabentuk bagi perpustakaan adalah tinggi berbanding struktur asal bangunan. JKR Selangor (elektrik & mekanikal)
Ø Sub-station TNB perlu disediakan, namun tiada ruang yang bersesuian. Ø Pemecahan lantai bagi laluan kabel elektrik, ICT dan telefon
Ø Aras siling yang terhad menyebabkan pencahayaan lampu yang tidak optimum dan kipas siling tidak boleh dipasang.
8.
Ulasan JKR Negeri
JKR Selangor melalui keputusan Mesyuarat Penyelarasan Bil. 2/2016 pada 20 September 2016 telah memberi ulasan teknikal struktur, mekanikal dan elektrikal dan ringkasan adalah seperti berikut:
Perkara Ulasan Sistem Pencegahan Kebakaran) Tiada lokasi bersesuaian untuk menempatkan tangki air hose reel & pam hose reel Sistem Penyaman Udara Hanya sistem VRF yang bersesuaian, namun ruang sisling terhad untuk fabricating ducted & tiada ruang AHU 9.
Garis Panduan PNM
Berikut adalah spesifikasi standard keluasan bagi kategori perpustakaan yang dikeluarkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia:
BIL JENIS PERPUSTAKAAN CADANGAN KELUASAN MPS KPS 1. Perpustakaan Negeri 11,152 120,000 2. Perpustakaan Daerah 5,576 60,000 3. Perpustakaan Cawangan 2,137 23,000 4. Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Bangunan)
1,394 15,000 Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Rumah Kedai)
139-465 1,500-5,000 Perpustakaan Pekan/Komuniti A (Pusat Beli Belah)
112-139 1,204-1,500 5. Perpustakaan Desa A 139 1,500 Perpustakaan Desa B 121 1,300 Perpustakaan Desa C 93 1,000 10.
Maklumat Umum
1. Daerah Sepang adalah satu-satunya daerah di Negeri Selangor yang tidak mempunyai Perpustakaan Daerah
2. Keluasan Daerah Sepang adalah 61,900 hektar, jumlah penduduk menghampiri 600,000 orang, pelbagai Institut Pengajian Tinggi Awam dan Institut Pengajian Tinggi Swasta dan lebih 50 sekolah rendah dan menengah.
3. Berikut adalah perpustakaan yang terdapat di Daerah Sepang:
· Perpustakaan Pekan Sungai Pelek
· Perpustakaan Desa Kg. Sg. Merab
· Perpustakaan Desa Jenderam Hilir
· Perpustakaan Desa Bukit Bangkong
· Perpustakaan Desa Bagan Lalang.
· Perpustakaan Desa Kg. Dato’ Ahmad Razali
· Perpustakaan Desa Hulu Chuchoh