Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2023

10 November 2023, 14 November - 17 November 2023 & 20 November – 24 November 2023 (Jumaat, Selasa – Jumaat & Isnin - Jumaat)

372) APAKAH PROGRAM-PROGRAM ILTIZAM SELANGOR YANG DISAMPAIKAN KEPADA RAKYAT SELANGOR DALAM TEMPOH PILIHANRAYA KE-15?

Tahun: 2023

Sesi: 2

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shafie Bin Ngah

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Dalam tempoh kempen PRU Parlimen 2022?

    Untuk makluman Yang Berhormat, program-program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dihebahkan kepada masyarakat dan rakyat negeri Selangor tanpa mengira masa dan lokasi. Pelaksanaan Jelajah Selangor Maju Bersama, Jelajah #KitaSelangor termasuk Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri juga disusun meliputi hampir semua DUN dan berjalan dalam tempoh masa yang munasabah bagi tujuan pendampingan masyarakat dilaksanakan tanpa mengira momen politik sebagaimana yang dibangkitkan.

  2. Dalam tempoh kempen PRU Negeri Selangor 2023?

    Untuk makluman Yang Berhormat, program-program Iltizam Selangor Penyayang (ISP) dihebahkan kepada masyarakat dan rakyat negeri Selangor tanpa mengira masa dan lokasi. Pelaksanaan Jelajah Selangor Maju Bersama, Jelajah #KitaSelangor termasuk Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri juga disusun meliputi hampir semua DUN dan berjalan dalam tempoh masa yang munasabah bagi tujuan pendampingan masyarakat dilaksanakan tanpa mengira momen politik sebagaimana yang dibangkitkan.

Lampiran

Tiada Lampiran.