Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018

23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018

68) APAKAH PROGRAM IPR YANG DIBATALKAN

Tahun: 2018

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Rajiv A/l Rishyakaran

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah program Initiatif Peduli Rakyat yang sudah dan bakal dibatalkan?

    Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tidak bercadang untuk membatalkan Program-program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang telah lama dilaksanakan sejak tahun 2008 (yang dahulu dikenali sebagai Program Merakyatkan Ekonomi Selangor – MES) serta telah memberi banyak manfaat kepada seluruh rakyat di Selangor tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik. Malah, Kerajaan Negeri kini sedang giat membuat penelitian terhadap semua program IPR untuk diberi nilai tambah dan penambahbaikan dengan menerapkan elemen pemberdayaan (empowerment) agar penerima IPR mampu berdikari dan mengelakkan kebergantungan berterusan terhadap Kerajaan Negeri.

Lampiran

Tiada Lampiran.