Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022

173) APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG DI AMBIL OLEH KERAJAAN NEGERI BAGI

Tahun: 2022

Sesi: 3

Isu: Perumahan

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Perumahan di Bandar Sultan Sulaiman kerana saya menerima aduan ada beberapa rumah yang didapati mendap dan keretakan yang serius.

    Pihak Majlis pernah menerima aduan berkaitan rumah yang mendap pada tahun 2018 dan pernah membuat lawatan tapak untuk melihat kekukuhan struktur bangunan tersebut. Aduan pernah dimaklumkan kepada pemaju perumahan asal Tetuan PKNS pada tahun 2018.

  2. Apakah tindakan Kerajaan Negeri untuk membantu penduduk-penduduk Flat Sri Perantau di dalam mendapatkan CF?

    Flast Sri Perantau telah dikeluarkan CF oleh Majlis Perbandaran Klang secara berfasa seperti yang berikut:

    Fasa 1: Blok A, B, dan C telah dikeluarkan CF pada 12.01.2004

    Fasa 1: Blok D, E, dan F telah dikeluarkan CF pada 12.02.2004

    Fasa 2: Blok G, H, I, J, K dan L telah dikeluarkan CF pada 21.12.2006

Lampiran

Tiada Lampiran.