Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
157) APAKAH LANGKAH KERAJAAN NEGERI UNTUK MENANGANI MASALAH BANJIR KILAT YANG SERING BERLAKU DI KAWASAN SUNGAI BURONG, KHUSUSNYA DENGAN PENINGKATAN KEKERAPAN HUJAN LEBAT
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk Taman Tanjong Karang yang mana air sungai sudah melimpah ke taman?
Untuk makluman Yang Berhormat, JPS Daerah Kuala Selangor akan memohon peruntukan bagi tahun 2025 bagi melaksanakan tindakan jangka masa sederhana iaitu pelaksanaan Kerja-Kerja Menaiktaraf Ban Serta Memperkukuhkan Tebing Sungai Tengi berhampiran Taman Tanjong Karang yang terkesan dengan limpahan air sungai ketika air pasang besar pada bulan Oktober 2024 dengan anggaran kos sebanyak RM500,000.00. Kerja-kerja ini akan dilaksanakan segera setelah peruntukan diperolehi.
Bagi tindakan penyelesaian jangka masa panjang, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor dalam perancangan untuk membuat permohonan projek di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13) Rolling Plan Pertama untuk pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tengi di mana skop yang terlibat adalah menaiktaraf serta memperkukuhkan tebing Sungai Tengi yang merupakan salah satu komponen untuk di dalam cadangan projek ini yang dijangka dapat mengurangkan risiko banjir akibat limpahan sungai ke kawasan Taman Tanjong Karang.