Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

314) APAKAH FUNGSI DAN TUGAS SEBENAR PENYELARAS DUN DI SELANGOR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Pentadbiran

Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah fungsi dan tugas sebenar penyelaras DUN di Selangor yang dilantik bagi kawasan DUN Pembangkang,ada aduan dari penduduk menyatakan adun penyelaras tidak membantu rakyat dan tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan sempurna.

    Pegawai Penyelaras DUN dilantik dibawah Skim Perkhidmatan Singkat (SPS) untuk tempoh bermula lantikan hingga Dewan Negeri Selangor dibubarkan atau MMKN membuat keputusan sewajarnya. Sepanjang tempoh perkhidmatan mereka hendaklah :

    1. Menjalankan kewajiban tugas yang ditetapkan dan apa-apa kewajiban lain diarahkan.
    2. Menumpukan segala masa dan perhatian kepada tugas dan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kepentingan dan nama baik Kerajaan.
    3. Menurut dan menjalankan perintah-perintah dan arahan-arahan yang diberikan.
    4. Mematuhi dan menjalankan tanggungjawab seperti mana yang ditetapkan oleh Kerajaan serta dalam surat perjanjian yang ditandatangani.
    5. Mereka hendaklah mematuhi dan menandatangani perakuan berkenaan dengan Akta Rahsia Rasmi 1972.

    Untuk makluman Yang Berhormat Selat Klang, Pegawai Penyelaras DUN Selat Klang baru sahaja dilantik berkuatkuasa 01 Januari 2024 dan pastinya memerlukan sedikit masa untuk menyelaras perkhidmatan pejabat dan berurusan dengan para pemegang taruh. Namun begitu, laporan menunjukkan Pegawai Penyelaras DUN ini tidak mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan keadaan dan telahpun melaksanakan program berimpak tinggi di kawasan tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.