Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

188) APABILA TERDAPATNYA PENINGKATAN AKTIVITI SELAIN PERTANIAN ATAS TANAH PERTANIAN INI

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar yang dirancang untuk mengawal permohonan penukaran status tanah pertanian kepada komersial?

    Kawalan perancangan dan pembangunan di sesebuah kawasan adalah berdasarkan kepada Pelan Rancangan Tempatan (RT) yang disediakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan. Proses permohonan penukaran status pertanian kepada komersial dikawal melalui Rancangan Tempatan (RT) yang telah diluluskan oleh Pihak Berkuasa Negeri (PBN), melalui permohonan pengubahan rancangan tempatan yang dikemukakan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) berkaitan dengan aktiviti pemajuan dan penggunaan tanah di bawah Akta 172 dan diwartakan setiap tidak melebihi 15 tahun.

     

    Apabila menerima permohonan menukar kategori kegunaan tanah, pejabat tanah yang terlibat perlu memanjangkan permohonan tersebut kepada PBPT bagi mendapatkan ulasan dan pertimbangan sama ada permohonan tukar syarat tersebut boleh dipertimbangkan atau sebaliknya berpandukan kepada arahan dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

Lampiran

Tiada Lampiran.