Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

189) APABILA SISTEM PENYAMPAIAN MAKLUMAT BERKENAAN PROGRAM DAN JUGA INISIATIF KERAJAAN DIBUAT DALAM BENTUK MEDIA SOSIAL DAN DALAM TALIAN

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Dr. Mohd Zamri Bin Mohd Zainuldin

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan kerajaan untuk memastikan program Iltizam Rakyat atau sebagainya dapat diakses dengan lebih mesra warga emas?

    Sebagai agensi media Kerajaan Negeri, Media Selangor mempunyai  akhbar dan portal empat bahasa: Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.

    Selain liputan bervideo (SelangorTV melalui YouTube), ada lima platform media sosial dalam pelbagai bahasa: Facebook, TikTok, Instagram, X dan Xiaohongshu.

    Semua liputan program Iltizam Selangor Penyayang (ISP), dahulu dikenali Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), dibuat berdasarkan:

     

    • Majlis rasmi pemimpin negeri, atau agensi pelaksana, yang membabitkan program tersebut.
    • Pengumuman inisiatif berkenaan oleh agensi pelaksana. Contoh, pengumuman setiap kali permohonan dibuka.
    • Berita berhubung Ahli-ahli Dewan Negeri (ADN) yang hadir bersama penerima di lokasi majlis.
    • Liputan khas secara berkala sebagai tambahan promosi.

    Media Selangor menggunakan semua saluran seperti disebut di atas untuk menyampaikan maklumat kepada penerima, termasuk warga emas.

    Banyak liputan program kebajikan ISP dibuat sempena program Jelajah Selangor Penyayang (JSP) anjuran Kerajaan Negeri yang dijayakan sepanjang 2022 dan 2023.

Lampiran

Tiada Lampiran.