Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

26 November 2021, 29 November - 30 November 2021, 1 Disember - 3 Disember 2021 dan 6 Disember - 9 Disember 2021

11) ANUGERAH KHAS MPKK CEMERLANG BANTU KETIKA PENDAMIK

Tahun: 2021

Sesi: 2

Isu: Pembangunan Kampung

Adun: Y.B. Puan Dr. Daroyah Binti Alwi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah sebarang usaha untuk memberi pengiktirafan buat MPKK yang sangat aktif berfungsi dalam tempoh pendamik?

    Sepanjang pandemik Covid-19 melanda negara, pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kerajaan Negeri bagi menangani penularan pandemik ini termasuklah pelbagai usaha untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran hidup dan terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa di seluruh negara.

    Sepanjang tempoh itu juga, sumbangan yang telah diberikan oleh barisan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) selaku institusi yang paling rapat kepada masyarakat di luar bandar adalah amat besar dan sangat kita hargai. Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk memberi penghargaan kepada MPKK yang cemerlang di dalam membantu kerajaan dan masyarakat ketika pandemik melanda melalui platform Anugerah Kampung Tradisi yang telah pun menjadi acara dwi tahunan Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi.

    Walau bagaimanapun, seperti yang mana yang kita semua sedia maklum, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Luar Bandar dan Kampung Tradisi buat masa ini terpaksa menangguhkan hasrat melaksanakan program Anugerah Kampung Tradisi Peringkat Negeri Selangor ini memandangkan kekangan-kekangan yang kita semua sedia maklum.

    Namun demikian, Kerajaan Negeri masih komited dan sekiranya tiada halangan akan menganjurkan program penghargaan ini pada tahun hadapan dan semestinya Anugerah Khas MPKK Cemerlang di sepanjang pandemik sudah pasti akan menjadi salah satu kategori yang akan kita wujudkan bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan besar mereka di peringkat masyarakat.

  2. Apakah kriteria yang akan dilihat untuk pengiktirafan tersebut?

    Jawapan adalah sama seperti di atas.

Lampiran

Tiada Lampiran.