Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

213) ANJING LIAR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kerajaan Tempatan

Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah dasar dan cara untuk mengurangkan anjing liar?

    Untuk makluman Yang Berhormat, Kerajaan Negeri tiada sebarang dasar khusus untuk mengatasi isu anjing liar. Walau bagaimanapun, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Selangor menggunakan akta, undang-undang kecil dan pekeliling seperti berikut untuk mengatasi isu anjing liar:

    (i) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171];
    (ii) Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing mengikut PBT masing-masing; dan
    (iii) Tatacara Operasi Piawai (SOP) Penangkapan dan Pelupusan Anjing Terbiar di Kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Pekeliling Ketua Setiausaha Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Bil. 5/2014.

    Kerajaan Negeri menggalakkan pemandulan haiwan peliharaan dan sebahagian PBT menawarkan pengurangan fi lesen anjing kepada pemilik yang telah memandulkan anjing peliharaan mereka seperti di MBPJ dan MPAJ. Terdapat juga PBT yang melantik NGO untuk membantu menjaga anjing-anjing liar yang telah ditangkap bagi memastikan kebajikan haiwan tersebut terpelihara.

  2. Dimanakah lokasi setiap pusat perlindungan anjing liar yang berada di Negeri Selangor?

    Jawapan b dan c dijawab bersekali.

    Berikut adalah senarai lokasi Pusat Perlindungan Anjing Liar di seluruh Negeri Selangor dan kapasiti kemampuan setiap pusat perlindungan tersebut:

  3. Berapakah ekor jumlah anjing liar terdapat dan kapasiti untuk menahan anjing liar di setiap pusat?

    Jawapan b dan c dijawab bersekali.

    Berikut adalah senarai lokasi Pusat Perlindungan Anjing Liar di seluruh Negeri Selangor dan kapasiti kemampuan setiap pusat perlindungan tersebut:

Lampiran

Tiada Lampiran.