Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Mac - 3 April 2015 dan 6 April - 9 April 2015
205) ANJING LIAR
Tahun: 2015
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Khasim Bin Abdul Aziz
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
PBT membuat tangkapan dan kemanakah haiwan-haiwan ini dibawa dan apakah langkah seterusnya?
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, PBT Negeri Selangor akan membawa haiwan yang di tangkap ke pusat tahanan haiwan atau ke tempat kurungan swasta di PAWS Animal Welfare Society, dan akan disimpan selama beberapa hari bergantung sama ada haiwan tersebut bertuan atau haiwan terbiar. Sekiranya tiada sebarang tuntutan di buat, haiwan tersebut akan dilupuskan (put to sleep).
-
Apakah rancangan jangka panjang bagi mengatasi masalah ini?
Kerajaan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah mengambil pelbagai langkah yang komprehensif bagi mengatasi isu anjing Kerajaan Negeri juga akan mengunapakai Tatacara Operasi Piawaian penangkapan dan pelupusan anjing terbiar di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan yang dikeluarkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT). Antara langkah yang telah diambil adalah seperti di berikut :-
- Menjalankan operasi tangkapan anjing terbiar di lokasi-lokasi yang diadukan dan kawasan sekitar dengan penggunaan umpan dan perangkap, sumpitan pelali,
- Melantik kontraktor bagi penangkapan anjing
- Menubuhkan pasukan kawalan anjing
- Melaksanakan program KEMBIRI melalui sistem pelesenan anjing seperti yang di jalankan oleh MPS
- Mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan pelesenan
- Menguatkuasakan program pemandulan dalam sistem pelesenan
Sehubungan itu, untuk makluman Ahli-ahli Yang Berhormat, Kerajaan Negeri dengan kerjasama PBT telah menetapkan sasaran yang jelas dalam mengatasi masalah pembiakan anjing liar di Negeri Selangor iaitu untuk mengurangkan populasi anjing liar dengan melaksanakan kerja-kerja kawalan secara berterusan serta menguatkuasakan undang-undang.
-
Di daerah manakah masalah anjing liar ini paling menular?
Kerajaan Negeri mendapati bahawa, kawasan pentadbiran Klang mempunyai bilangan anjing liar yang tertinggi ini adalah berdasarkan bilangan tangkapan yang dijalankan pada tahun 2014 dan 2015 sehingga bulan Mac
Tangkapan PBT 2014 2015 MBPJ 817 140 MBSA 1061 212 MPS 697 383 MPSJ 697 142 MPK 3,661 916 MPAJ 1,471 171 MPKJ 2,585 25 MPSP 817 104 MDKL 884 17 MDKS 330 39 MDHS 1,436 174 MDSB 373 217 JUMLAH 14,829 2540