Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2018
23 – 30 November 2018 dan 3 – 5 Disember 2018
150) ANJING LIAR
Tahun: 2018
Sesi: 3
Isu: Kerajaan Tempatan
Adun: Y.B. Tuan Bakhtiar Bin Mohd Nor
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah ada operasi bagi membanteras anjing-anjing liar di Selangor? Jika ada, berapa banyakkah anjing liar yang telah ditangkap bagi tahun 2016-2018? Sila nyatakan mengikut PBT.
Jumlah keseluruhan bilangan tangkapan anjing liar bagi tahun 2016 hingga Oktober 2018 adalah sebanyak 66,867 ekor. Perincian jumlah bilangan tangkapan anjing liar mengikut PBT adalah seperti berikut:
-
Apakah usaha-usaha lain yang dilakukan Kerajaan bagi mengawal pembiakan anjing-anjing liar ini?
Usaha-usaha lain yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri dalam mengawal pembiakan anjing berkeliaran adalah seperti berikut:
- mengadakan kempen “serahan haiwan” iaitu menyerahkan haiwan peliharaan yang tidak mampu dipelihara;
- Penambahan syarat wajib mengkasi anjing jenis baka mongrel/mixbreed (kampung) dalam syarat permohonan lesen anjing;
- Menggunakan kaedah menghalau haiwan dengan menggunakan kaedah repellent (Gel Kencing Harimau);
- Kerjasama dengan penduduk melaksanakan program kawalan menggunakan kaedah “Tangkap – Kasi – Lepas” di kawasan penduduk sendiri;
- Melibatkan penyertaan NGO dalam operasi yang dilaksanakan dan lain-lain lagi;