Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025

18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025

243) ANJING LIAR

Tahun: 2025

Sesi: 1

Isu: n/a

Adun: Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah tindakan yang diambil oleh PBT bagi mengawal populasi anjing liar di kawasan kampung, khususnya dalam DUN Semenyih?

    Tindakan yang diambil oleh PBT khususnya Majlis Perbandaran Kajang adalah menjalankan tindakan tangkapan terhadap aduan anjing liar yang diadukan. Kaedah tangkapan yang digunakan adalah menggunakan gelung, perangkap anjing selain penggunaan marker atau tranquilizer gun. Bagi kawasan kampung kaedah yang sesuai dijalankan adalah penggunaan perangkap anjing selain mendidik penduduk kampung supaya tidak memberi makan kepada anjing liar tersebut supaya mengurangkan populasi anjing liar di satu satu kawasan kampung.

  2. Apakah statistik populasi anjing liar terkini?

    Statistik populasi anjing liar terkini bagi tahun 2024 merekodkan bilangan aduan sebanyak 2,695 ekor.

  3. Adakah pelan jangka panjang sedang dirancang untuk menangani isu ini?

    Pelan jangka panjang yang sedang dirancang bagi tahun 2025 adalah pengenalan tapak untuk penempatan sebagai ‘second life option‘ kepada anjing anjing liar yang ditangkap. Tapak ini boleh dijadikan sebagai pusat untuk menempatkan anjing liar yang ditangkap dan proses pemandulan anjing akan dilaksanakan bagi mengurangkan populasi anjing secara keseluruhan. Kaedah yang dilaksanakan ini adalah TNR ( TRAP NEUTER REHOME ) dan adalah modul yang sama dipraktikan oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang bagi membendung permasalahan anjing liar secara lebih holistik.

Lampiran

Tiada Lampiran.