Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024
15 November 2024, 18-22 November 2024, 25-28 November 2024
107) ANJING LIAR
Tahun: 2024
Sesi: 3
Isu: n/a
Adun: Y.B. Tuan Dr. Quah Perng Fei
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Sila nyatakan jumlah tangkapan anjing dan yang disimpan di pusat kurungan bagi setiap DUN pada tahun 2023 and 2024.
Jumlah tangkapan anjing yang disimpan di pusat kurungan bagi setiap DUN pada tahun 2023 dan 2024 ialah:-
DUN BILANGAN ANJING 2023 2024 (SEHINGGA OKTOBER) N40 (KOTA KEMUNING) 116 77 N41 (BATU TIGA) 137 57 N42 (MERU) 533 236 N43 (SEMENTA) 210 251 N44 (SELAT KLANG) 458 286 N45 (BANDAR BARU KLANG) 414 239 N46 (PELABUHAN KLANG) 306 133 N47 (PANDAMARAN) 410 206 N48 (SENTOSA) 597 234 N49 (SUNGAI KANDIS) 35 19 JUMLAH 3,216 1,738 -
Sila nyatakan cara pihak berkuasa tempatan menangkap anjing liar dan cara menangani masalah kepadatan di pusat kurungan anjing.
Cara yang digunapakai bagi menangkap Anjing Liar di seluruh PBT adalah: –
- Gelung (SR-Loop) – Kaedah ini menggunakan gelung yang diperbuat daripada tali atau lain-lain bahan yang boleh dilaras (adjustable) dengan pemegang panjang yang tidak mendatangkan kecederaan kepada anjing;
- Perangkap – menggunakan sangkar dengan umpan untuk menarik anjing memasuki perangkap tersebut; dan
- Jaring – digunakan untuk menyerkup dan menangkap anjing tanpa mendatangkan kecederaan kepada anjing.
Manakala cara untuk menangani masalah kepadatan di pusat kurungan anjing ialah:-
- Dengan mengurangkan operasi tangkapan anjing terbiar; dan
- Menyarankan pemilik anjing memandulkan anjing peliharaan mereka supaya tidak membiak dan membuang anjing yang tidak diingini.
-
Adakah terdapat penglibatan atau dialog dengan NGO dan persatuan pencinta haiwan untuk merangka SOP yang lebih baik?
Seluruh PBT di Selangor telah menghadiri Mesyuarat Pelarasan di SUK bersama NGO dengan membincangkan SOP dan mengkaji semula Akta-Akta yang berkaitan dengan anjing. Perkara tersebut masih dalam perbincangan dan belum ada kata putus yang disahkan. Kaedah penangkapan anjing terbiar adalah mengunapakai garis panduan yang dikeluarkan oleh KPKT.