Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2020

16 Mac 2020 - 17 Mac 2020

147) ANJING LIAR

Tahun: 2020

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Mohd Zawawi Bin Ahmad Mughni

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan untuk mengatasi populasi haiwan terbiar seperti anjing liar?

    Untuk makluman Ahli-ahli Yang berhormat, Perancangan Kerajaan Negeri Selangor bagi mengawal populasi haiwan terbiar seperti anjing liar adalah dengan :

    • Kerajaan Negeri akan mewajibkan setiap anjing baka Mongrel dan Mixbreed supaya dimandulkan dahulu sebagai syarat lesen anjing bagi mengawal populasi anjing liar;
    • Kempen pelesenan anjing ;
    • Operasi bersepadu penangkapan anjing liar secara berterusan berdasarkan aduan dan pemantauan; dan
    • Mengadakan program anjing angkat sepanjang tahun di mana anjing-anjing yang terbiar yang ditangkap akan diberi kepada orang awam yang ingin memelihara anjing tersebut.
  2. Berapakah jumlah anjing yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa tempatan dalam tempoh setahun dan apakah tindakan yang dilakukan selepas itu?

    1. Sebanyak 29,463 ekor tangkapan anjing oleh pihak berkuasa tempatan bagi tahun 2019 dan princian jumlah tangkapan seperti berikut:
    PBT JUMLAH TANGKAPAN ANJING

    TAHUN 2019

    MBSA

     

    5,057 ekor
    MBPJ 682 ekor
    MPK 5,112 ekor
    MPAJ

     

    878 ekor
    MPSJ 929 ekor
    MPS 1,196 ekor
    MPKj 11,189 ekor
    MPSp 1,301 ekor
    MPKL 556 ekor
    MDHS 1,780 ekor
    MDKS 580 ekor
    MDSB 203 ekor
    JUMLAH 29,463 ekor

    Nota : Sumber Pihak Berkuasa Tempatan

    Beberapa tindakan yang diambil oleh Kerajaan Negeri selepas tangkapan dilakukan adalah seperti berikut ;

    • Mengadakan program anjing angkat sepanjang tahun di mana, anjing-anjing terbiar yang ditangkap akan diberi kepada orang awam yang ingin memelihara anjing tersebut;
    • Menjalankan suntikan Euthanasia ke atas anjing-anjing terbiar yang ditangkap melebihi 7 hari atau yang mempunyai penyakit;
    • Mengambil tindakan penguatkuasaan ke atas pemilik-pemilik anjing yang menuntut anjing peliharaan yang ditangkap kerana membiarkan anjing berkeliaran tanpa kawalan; dan
    • membuat proses pemandulan ke atas anjing-anjing yang ditangkap sebelum anjing diberi kepada pemilik baru bagi menggelakkan populasi.

     

  3. Apakah kaedah pemandulan membantu mengatasi populasi anjing liar ini?

    Kaedah pemandulan merupakan salah satu kaedah mengawal populasi anjing berberkeliaran dengan mengawal kelahiran yang tidak diperlukan. Kaedah ini boleh digunakan bagi anjing peliharaan dan juga anjing liar.

Lampiran

Tiada Lampiran.