Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2013

19 November - 22 November 2013 dan 25 November - 29 November 2013

64) ANGGOTA KESELAMATAN

Tahun: 2013

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasnul Bin Baharuddin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah bentuk bantuan kerajaan negeri dalam membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat bila jabatan ini terpaksa menghadapi situasi memadam kebakaran hutan yang kerap terutama di kawasan Kuala Langat Selatan?

    Kerajaan Negeri melalui  Pejabat  Daerah/Tanah  Kuala  Langat  akan  menyelaras bantuan dari segi bekalan makanan kepada petugas memadam kebakaran dalam operasi “Ops Padam’ (termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Hutan, Jabatan Perparitan dan Saliran, Majlis Daerah Kuala Langat, PDRM, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain). Selain daripada itu Pejabat Daerah/Tanah Kuala Langat akan menyelaras bantuan  logistik seperti tandas, khemah, jentera, bekalan air bersih dan sebagainya dengan agensi kerajaan dan swasta seperti MDKL, JKR, JPS dan Syabas.

     

    Sebagai contoh bagi ‘Ops Padam’ Kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Utara, Mukim Tanjung Dua Belas yang melibatkan lebih 200 ekar sehingga membawa kepada pengisytiharan Bencana Tahap 1 pada 14 hingga 23 Julai dan 12 Ogos hingga 3 September 2013, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM127,404.20 bagi menampung kos perbelanjaan operasi seperti berikut:-

     

    i)    Pengangkutan dan Sewaan Excavator RM 55,975.00
    ii) Membekal Tandas Sementara RM 5,000.00
    iii) Mengaktifkan 2 Telaga Tiub RM 39,600.00
    iv) Sewaan Generator RM 4,000.00
    v) Minyak Petrol RM 1,498.00
    vi) Bekalan Makanan RM 21,331.20

     

    JUMLAH                                                              RM127,404.20

Lampiran

Tiada Lampiran.