Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
153) ANGGARAN BELANJAWAN
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Tuan Zakaria Bin Hanafi
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Sejauh mana kos bajet Negeri Selangor telah dikeluarkan bagi tujuan pembangunan bagi tahun 2022?
Kerajaan Negeri Selangor telah membentangkan Belanjawan 2022 pada 26 November 2021 dengan Peruntukan Pembangunan berjumlah RM1,123,000,000.00. Berdasarkan prestasi perbelanjaan sehingga 31 Oktober 2022, peruntukan yang telah dibelanjakan ialah 65.38% bersamaan dengan RM734,227,805.93.
-
Nyatakan jumlah mengikut jabatan atau di setiap DUN yang telah dibelanjakan.
Peruntukan Pembangunan berjumlah RM1,123,000,000.00 diagihkan kepada 9 jabatan. Jumlah peruntukan yang diterima dan perbelanjaan sehingga 31 Oktober 2022 bagi setiap jabatan adalah seperti berikut:
Walaupun prestasi ini jika dilihat kepada peratus perbelanjaan adalah rendah, Kerajaan Negeri yakin prestasi sebenar bagi 2022 akan melebihi 90% berdasarkan trend perbelanjaan pada tahun – tahun lepas di mana kebanyakan bayaran bagi program / projek dibuat pada bulan Oktober hingga Disember.
Untuk makluman, Kerajaan Negeri tidak mempunyai data peruntukan pembangunan mengikut DUN kerana kebanyakan peruntukan (kecuali peruntukan Mesra Rakyat) diperuntukan berdasarkan program atau projek yang mana program atau projek ini merentasi sempadan DUN.