Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
01 Ogos 2016 - 02 Ogos 2016
135) ANCAMAN KUMPULAN MILITAN DI NEGERI SELANGOR
Tahun: 2016
Sesi: 2
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah peranan Kerajaan Negeri untuk mengekang individu yang terlibat dalam kumpulan militan di Selangor?
Dalam mengekang individu yang terlibat dalam kumpulan militan di Selangor pihak Kerajaan Negeri lebih memfokuskan kepada aspek pencegahan dan mengawal dengan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut :
Pengeluaran Fatwa Gerakan Militan Al Dakwah Al Islamiya Fi Iraq Wal Al Sham (DAESH) atau Militan Islamic State In Iraq Anad Syams (ISIS) atau Militan Islamic State (IS) yang telah diwartakan pada 3 Februari 2016.
Khutbah Jumaat berkenaan IS dan konsep Jihad yang telah dibaca di setiap masjid dan surau kebenaran solat Jumaat di seluruh Negeri Selangor pada 27 November 2015, bertajuk : IS Pengganas Bertopengkan Islam.
Program Bicara Fatwa Selangor. Dalam program ini pihak JMNS akan menjelaskan fatwa-fatwa secara umum termasuklah juga fatwa berkaitan IS.
Setakat Mei jadual program ini adalah seperti berikut :
BIL. TARIKH SASARAN PESERTA TEMPAT 01. 24 Februari 2016 Rabu
Pemegang Tauliah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam 02. 29 Februari 2016 Isnin
Pelajar Sek. Men. Keb. Setia Alam, Shah Alam 03. 24 Mac 2016 Khamis
Pelajar Sek. Jenis Keb. Cina Yoke Kuen, Sekinchan 04. 29 Mac 2016 Selasa
Pelajar Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh 05. 28 April 2016 Khamis
Pelajar Masjid Kampung Johan Setia, Klang 06. 4 Mei 2016 Rabu
Pelajar Masjid Sultan Abdul Samad KLIA, Sepang Siaran di Akhbar Nasional (Sinar Harian, Berita Harian, Harian Metro, Utusan, Selangor Kini)
Program Turun Padang “Dialog Fatwa @ Mesra Ummah Bersama JMNS” Program ini di laksanakan di masjid-masjid terpilih di negeri Selangor dan di dalam program ini pihak JMNS akan menjelaskan fatwa-fatwa yang telah dikeluarkan secara umum dan mengadakan sesi dialog atau soal jawab berkaitan fatwa yang telah dijelaskan dan isu-isu berkaitan hukum syarak di lokasi-lokasi berikut :
- Masjid Ijtimai’, Tebuk Pulai
- Masjid Al Bakri, Bukit Naga
- Masjid As Syakirin, Dengkil
- Masjid Ubudiyah, Kerling
- Masjid Rinching Hilir, Semenyih
- Masjid Ara Damansara, Petaling
- Masjid Bukit Antarabangsa, Bukit Antarabangsa
Radio (Selangor.fm). Slot di Selangor.fm 2 kali seminggu iaitu pada hari Khamis dan Jumaat, bermula jam 6.15 petang hingga 6.45 petang. Di dalam slot ini pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor menjelaskan tentang-tentang fatwa yang telah dikeluarkan dan diwartakan termasuklah fatwa dan isu berkaitan IS
Laman Web JMNS
-
Nyatakan jumlah tangkapan yang telah dilaporkan pada tahun 2016 di Selangor.