Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

143) ANCAMAN BAKTERIA ATYPICAL KLEBSIELLA PNEUMONIA

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Kesihatan

Adun: Y.B. Tuan Loh Chee Heng

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk mengelakkan ancaman Bakteria Atypical Klebsiella Pneumonia yang telah meragut nyawa?

    Atypical Pneumonia merupakan jangkitan paru-paru yang tidak disebabkan oleh kuman yang kebiasaannya berkaitan dengan penyakit ini.

             Klebsiella pneumoniae merupakan bakteria yang biasanya berada di dalam usus manusia, di mana ianya tidak mendatangkan penyakit. Hanya di dalam keadaan tertentu sahaja bakteria ini boleh menyebabkan penyakit. Individu yang sihat, tidak perlu risau akan dijangkiti oleh bakteria ini mengikut Centers for Disease Control and Prevention (CDC).

             Klebsiella Pneumoniae bukan merupakan bakteria yang boleh mengancam nyawa orang ramai dan tidak boleh merebak dengan mudah.

  2. Adakah Kerajaan Negeri telah mengenal pasti punca kejadian ancaman jenis bakteria tersebut?

    Secara amnya, bakteria ini cenderung untuk menjangkiti individu yang lemah sistem pertahanan badan seperti mereka yang mempunyai masalah kesihatan seperti kencing manis, penagih arak (alcoholism) dan individu yang mengidap penyakit paru-paru yang kronik. Kebanyakannya adalah individu yang dimasukkan ke hospital dengan pelbagai masalah kesihatan.

    pneumoniae boleh merebak melalui sentuhan (direct contact) dari seorang kepada seorang yang lain, seperti individu yang menyentuh luka dengan tangan yang telah tercemar dengan kuman ini.

    Pencegahannya adalah dengan mengamalkan cara membasuh tangan yang betul dan amalan pencegahan yang standard (standard precaution). Jangkitan bakteria ini boleh dirawat dengan pengambilan antibiotik.

     

  3. Setakat bulan Februari 2017 berapakah kejadian kes yang dilaporkan di Negeri Selangor?

    Atypical Klebsiella Pneumonia tidak termasuk di dalam senarai penyakit berjangkit yang perlu dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Tiada data khusus atau terperinci bagi kes ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.