Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2014
24 November - 28 November 2014 dan 01 Disember - 05 Disember 2014
215) ANCAMAN AJARAN SESAT
Tahun: 2014
Sesi: 3
Isu: Pentadbiran
Adun: Y.B. Tuan Kamarol Zaki Bin Abdul Malik
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membanteras ajaran sesat di Selangor ?
Antara usaha yang telah dilakukan;
- Merangka pelan tindakan dan modul bagi memantapkan akidah umat Islam,
- mengetengahkan kepada masyarakat secara terancang dan tersusun perkara-perkara yang boleh membatalkan akidah Ahli Sunnah Wal Jammah,
- memberi penjelasan kedudukan sebenar Islam dalam mendepani isu-isu melibatkan akidah, syariah dan akhlak melalui khutbah, wacana, seminar dan bengkel,
- menyediakan penceramah-penceramah pakar dalam bidang akidah untuk berhadapan dengan mana-mana kumpulan ajaran sesat dan memberi penjelasan kepada masyarakat dan melaksanakan latihan untuk mereka,
- mempertingkatkan dakwah untuk memberi penjelasan dan berhadapan dengan sebarang bentuk penyebaran fahaman mahupun dakyah agama lain sehingga ke akar umbi,
- menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 atas mana-mana seksyen kesalahan
-
Senaraikan tindakan yang kerajaan negeri laksanakan bagi tujuan menyekat penyebaran ajaran sesat di Selangor ?
Antara tindakan yang dilaksanakan bagi tujuan menyekat penyebaran ajaran sesat;
- Membentangkan hasil-hasil kajian untuk dibentang kepada Jawatankuasa Fatwa,
- Memberi penjelasan mengenai bahaya ajaran sesat atau mana-mana ajaran sesat yang telah difatwakan kepada masyarakat melalui khutbah,
forum, seminar dan lain-lain medium yang boleh menyampaikan keburukan ajaran sesat kepada agama, bangsa dan negara,
- mengeluarkan modul dan buku akidah untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar,
- memanggil kumpulan atau pengikut yang terlibat dengan ajaran sesat untuk mendapatkan penjelasan dan menasihati mereka untuk meninggalkan ajaran sesat tersebut,
- meminta institusi masjid dan NGO bekerjasama untuk memberi penjelasan kepada masyarakat mengenai bahayanya ajaran sesat kepada masyarakat,
- mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995.