Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

279) ANAK YATIM AKIBAT COVID-19

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Puan Lim Yi Wei

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Adakah Kerajaan Negeri mempunyai mekanisme "follow up" bagi anak-anak yatim yang telah menerima Bantuan Anak Yatim COVID-19 dahulu?

    Usaha Kerajaan Negeri dalam membantu anak-anak yang kehilangan ibu atau bapa atau kedua-duanya dan menjadi yatim piatu akibat COVID-19 bermula pada tahun 2021.

    Seramai 55 orang diberikan bantuan awal serta sokongan perlindungan psikososial dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat serta sokongan serta pengetahuan tambahan kepada waris terdekat masing-masing.

    Melalui kerjasama dengan JKM, anak-anak ini diberikan program pengkhususan yang meliputi aspek sokongan sosio-emosi dengan rujukan sukarelawan serta pakar yang mempunyai pengalaman dalam bidang bantuan kepada kanak-kanak.

    Memandangkan tempoh lebih dua tahun telah berlalu, Kerajaan Negeri beralih kepada pendekatan memberdaya anak-anak ini yang meliputi aspek Program Tuisyen Rakyat yang sedang disebarluaskan terutamanya dari segi penilaian berkala bagi anak-anak yang memerlukan perhatian khusus dan lebih rapat serta penelitian berkala sekiranya mereka mengalami kesan jangka masa panjang dari segi emosi yang mungkin memberikan impak kepada prestasi pembelajaran.

    Berkaitan dengan usaha itu, Kerajaan Negeri dengan kerjasama badan bukan kerajaan akan memberikan keutamaan kepada kumpulan ini supaya dilibatkan dalam program kesihatan mental yang dijalankan oleh negeri.

    Pentadbiran ini komited dalam menjalankan program sampingan mengikut keperluan bagi mengelakkan daripada anak-anak ini mengalami kesan negatif jangka masa panjang akibat kehilangan ibu bapa disebabkan virus COVID-19.

    Terima kasih.

Lampiran

Tiada Lampiran.