Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015

30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015

16) ANAK YATIM

Tahun: 2015

Sesi: 3

Isu: Kebajikan

Adun: Y.B. Tuan Hasbullah Bin Mohd Ridzwan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah rumah anak yatim yang telah berdaftar di bawah Kerajaan Negeri Selangor?

    Kerajaan Negeri menerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Kesihatan, Wanita dan Pembangunan Keluarga dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor sentiasa prihatin terhadap nasib anak-anak yatim yang memerlukan penjagaan.

     

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, berdasarkan kepada rekod pendaftaran pusat jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, sehingga Oktober 2015, sebanyak 70 buah pusat jagaan kanak-kanak berkediaman telah berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993. Statistik pendaftaran pusat jagaan kanak-kanak berkediaman mengikut daerah adalah seperti berikut:-

     

    DAERAH PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK BERKEDIAMAN
    PETALING 26
    HULU LANGAT 15
    GOMBAK 10
    KLANG 9
    HULU SELANGOR 4
    KUALA SELANGOR 2
    SEPANG 2
    KUALA LANGAT 1

     

    SABAK BERNAM 1
     

    JUMLAH

     

    70

  2. Apakah inisiatif yang telah diberikan serta apakah prosedur rumah anak-anak yatim ini didaftarkan?

    Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat, pengendali rumah Pusat Jagaan Kanak-kanak Berkediaman adalah terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan sukarela kebajikan yang berdaftar di bawah Pendaftar Pertubuhan. Antara insentif-insentif yang boleh diberikan kepada pengendali ini adalah seperti berikut:-

     

    • Boleh dipertimbangkan untuk menerima Bantuan Geran Tahunan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi rumah anak yatim yang dikendalikan oleh NGO berdaftar dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Pihak Jabatan iaitu

     

    • Geran Rangsum (RM8 bagi Pusat Jagaan Berkediaman)
    • Geran Pentadbiran yang dibayar kepada sukarelawan yang membantu di rumah kebajikan iaitu maksimum RM900
    • Geran Pentadbiran mengikut kadar yang bersesuaian yang meliputi sewaan premis, bil utiliti, program latihan dan program komuniti untuk komuniti (K4K).
    • Geran Pembaikan maksimum RM100,000 untuk membaik pulih premis yang menjejaskan keselamatan

     

    • Pelepasan Cukai Pendapatan LHDN kepada penderma-penderma yang menyumbang kepada rumah-rumah kebajikan yang dikendalikan oleh pertubuhan sukarela kebajikan bagi Pusat Jagaan yang telah mendapat perakuan pengecualian cukai oleh

     

    • Bagi rumah anak-anak yatim beragama Islam, pengendali juga boleh memohon bantuan geran daripada Majlis Agama Islam Negeri Selangor.

     

    • Untuk makluman Ahli-Ahli Dewan, prosedur permohonan pendaftaran Pusat Jagaan di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 adalah seperti berikut:

     

    • Permohonan pendaftaran dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berkenaan;

     

    • Borang permohonan pendaftaran pusat jagaan boleh diperolehi secara percuma di mana-mana PKMD yang berhampiran;

     

    • Permohonan pendaftaran pusat jagaan yang lengkap akan diproses dalam tempoh 14 hari berkerja;

     

    • Sijil Perakuan Pendaftaran pusat jagaan dikeluarkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri berkenaan;

     

    • Bayaran pendaftaran dikenakan sebanyak RM50.00 untuk 5

     

    Setiap permohonan mestilah mematuhi syarat-syarat penubuhan pusat jagaan seperti berikut:

     

    1. Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS);

     

    1. Mendapat sokongan atau kelulusan daripada agensi teknikal iaitu:
      1. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
      2. Jabatan Bomba dan Penyelamat;
      3. Jabatan Kesihatan

     

    1. Memenuhi standard minimum JKM iaitu:-
      1. Nisbah penjaga dengan penghuni : Kanak-kanak / Remaja
    • Di bawah 4 tahun = 1 : 5
    • 4 hingga 10 tahun = 1 : 18
    • 10 tahun ke atas = 1 : 18

     

    Orang Kurang Upaya ( OKU ) OKU = 1 : 10

    OKU teruk / terlantar = 1 : 4

     

    Warga emas

    Warga emas = 1 : 18

    Warga emas berpenyakit / terlantar = 1 : 4

     

    • Penjaga warganegara atau bukan mestilah berumur 18 tahun ke atas;

     

    • Mematuhi nisbah penghuni dengan ruang lantai iaitu :
      • Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun dan OKU ialah
    • 3.5 meter persegi;
    • Remaja dan warga emas adalah 3.0 meter persegi;

     

    • Menyediakan dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti mengikut peringkat umur dan keperluan penghuni;

     

    • Pusat jagaan hendaklah mempunyai kemudahan, peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan penghuni;

     

    • Menyedia dan menyelenggara rekod-rekod di pusat jagaan; dan

     

    • Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis Pusat jagaan.

Lampiran

Tiada Lampiran.