Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017
3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017
264) ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR
Tahun: 2017
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Sulaiman Bin Abdul Razak
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah jumlah Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang aktif dalam perniagaan sehingga kini?
Anak Syarikat Kerajaan Negeri didefinisikan sebagai syarikat yang dikawal oleh Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi. Kerajaan Negeri mempunyai 13 Anak Syarikat di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).
Berikut merupakan senarai Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor :-
Bil. Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor 1. Permodalan Negeri Selangor Berhad 2. Bukit Beruntung Golf & Country Resort 3. Tourism Selangor Sdn Bhd 4. Communication Corporation Sdn Bhd 5. Rantaian Mesra Sdn Bhd 6. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 7. Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd 8. Kumpulan Darul Ehsan Berhad 9. Kumpulan Semesta Sdn Bhd 10. Invest Selangor Berhad 11. Yayasan Warisan Anak Selangor 12. Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor 13. Yayasan Selangor Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mendefiniskan “perniagaan” sebagai suatu urusan berjual beli untuk mencari keuntungan dan perdagangan. Dalam konteks Kerajaan Negeri, hanya empat (4) sahaja daripada keseluruhan Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang secara khusus menjalankan perniagaan dan bermotifkan keuntungan seperti senarai berikut:
- Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)
- Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGC)
- Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB)
- Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB)
-
Senaraikan keuntungan Anak Syarikat Kerajaan Negeri bagi tahun 2014-2017
Senarai keuntungan Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang aktif dalam perniagaan bagi tahun 2014 sehingga 2017 adalah seperti di Lampiran A. Walau bagaimanapun, data kewangan bagi tahun 2017 tidak dapat dinyatakan kerana masih diperingkat penyediaan akaun bulanan dan belum
-
Berapakah jumlah dividen yang dibayar oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi tempoh 2014-2017?
Jumlah dividen yang dibayar oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi tempoh 2014-2017 adalah seperti di Lampiran B.
Bil.
Anak Syarikat
Tahun Kewangan
Keuntungan / (Kerugian) Bersih Selepas Cukai (RM)
Catatan
1. Permodalan 2014 28,572,122.00 n/a Negeri 2015 5,930,638.00 n/a Selangor 2016 50,930,646.00 n/a Berhad (PNSB) 2. Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGC)
2014 (805,800) BBGC tidak pernah merekodkan keuntungan sejak pengambilalihan oleh Kerajaan Negeri daripada Talam Corporation Berhad bagi menstrukturkan semula hutang Talam dengan Kerajaan Negeri. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif penstrukturan semula sejak Jun 2010 di mana BBGC diserah urus kepada pihak ketiga melalui kontrak Pengurusan dan Operasi Kelab Golf. 2015 (608,140) 2016 Belum Beraudit Mengikut kontrak tersebut, BBGC hanya menerima pendapatan tetap dalam bentuk sewaan bulanan sahaja. BBGC masih perlu menanggung kos-kos susutnilai, pembayaran balik pinjaman, cukai tanah dan cukai pintu, pembaharuan lesen-lesen perniagaan dan penggajian. Walaupun BBGC mencatatkan kerugian, namun melalui Perjanjian Pengurusan yang baru bersama pihak ketiga, BBGC masih dapat meneruskan perniagaan melalui kapasiti pelaburan yang telah dipersetujui bersama pihak ketiga. BBGC juga diberi jaminan untuk terus beroperasi Bil.
Anak Syarikat
Tahun Kewangan
Keuntungan / (Kerugian) Bersih Selepas Cukai (RM)
Catatan
selama tempoh perjanjian. Pendapatan tetap yang diterima untuk tempoh 5 tahun pertama perjanjian ini akan di manfaatkan untuk pembayaran balik pinjaman kepada pemegang saham, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(MBI) (Perjanjian Penyelesaian Hutang dan Duti Ad- Volarem). Penyata Kewangan BBGC bagi tahun 2016 masih belum diaudit kerana bermula pada tahun kewangan tersebut, BBGC perlu melakukan Peralihan terhadap Laporan kewangan daripada “Private Entity Reporting Standard” (PERS) kepada “Malaysian Financial Reporting Standard” (MFRS) dimana antara lain terdapat terminologi baru yang lebih terperinci dimasukkan didalam Laporan Audit Kewangan Syarikat.
3. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) 2014 23.4 juta Peningkatan keuntungan pada tahun semasa adalah disebabkan oleh keuntungan ke atas penjualan pelaburan didalam syarikat bersekutu, Konsortium Jaringan Selangor Sdn Bhd dan pampasan diterima daripada pengambilan tanah oleh pihak berkuasa. 2015 14.7 juta Faktor utama keuntungan syarikat adalah disebabkan oleh pembalikan faedah terakru ke atas pinjaman Kerajaan Negeri pada tahun 2015. 2016 3.7 juta Pengurangan dividen diterima pada tahun semasa berbanding tahun Bil.
Anak Syarikat
Tahun Kewangan
Keuntungan / (Kerugian) Bersih Selepas Cukai (RM)
Catatan
sebelumnya. 4. Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) 2014 19.2 juta KSSB melaporkan penurunan keuntungan bersih disebabkan penurunan jumlah transaksi jualan Syarikat berikutan kelembapan sektor pembinaan dan hartanah selain strategi penurunan harga jualan. 2015 15.6 juta 2016 488.6 ribu - Berapakah jumlah dividen yang dibayar oleh Anak Syarikat Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi tempoh 2014-2017?
Bil.
Anak Syarikat
Perincian Dividen
Jumlah Dividen 2014 (RM)
Jumlah Dividen 2015 (RM)
Jumlah Dividen 2016 (RM)
Sasaran Dividen 2017 (RM)
1. Permodalan Negeri Selangor Berhad
N/A N/A N/A N/A N/A 2. Bukit Beruntung Golf & Country Resort
N/A N/A N/A N/A N/A 3. Tourism Selangor Sdn Bhd
N/A N/A N/A N/A N/A 4. Communication Corporation Sdn Bhd
N/A N/A N/A N/A N/A 5. Rantaian Mesra Sdn Bhd
N/A N/A N/A N/A N/A 6. Pendidikan Industri YS SB
N/A N/A N/A N/A N/A Bil.
Anak Syarikat
Perincian Dividen
Jumlah Dividen 2014 (RM)
Jumlah Dividen 2015 (RM)
Jumlah Dividen 2016 (RM)
Sasaran Dividen 2017 (RM)
7. Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd
Pembayaran kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
48,864.00 66,079.00 81,358.09 15,000.00 8. Kumpulan Darul Ehsan Berhad
N/A N/A N/A N/A N/A 9. Kumpulan Semesta Sdn Bhd Pembayaran kepada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)
10,700,000.00 7,200,000.00 N/A N/A 10. Invest Selangor N/A N/A N/A N/A N/A 11. Yayasan Selangor
N/A N/A N/A N/A N/A 12. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)
N/A N/A N/A N/A N/A 13. Yayasan Dar al Qard al Hasan Selangor
N/A N/A N/A N/A N/A Kerajaan Negeri tidak menyasarkan sebarang pembayaran dividen oleh Anak Syarikat kerana pembayaran dividen adalah bergantung kepada prestasi dan keuntungan yang diperolehi oleh Anak Syarikat masing-masing.
Untuk makluman Yang Berhormat, terdapat sembilan (9) daripada 13 syarikat yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri yang tidak bermotifkan keuntungan seperti senarai berikut :-
Bil. Anak Syarikat 1. Tourism Selangor Sdn Bhd 2. Communication Corporation Sdn Bhd 3. Rantaian Mesra Sdn Bhd 4. Pendidikan Industri YS SB 5. Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd 6. Invest Selangor 7. Yayasan Selangor 8. Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) 9. Yayasan Dar al Qard al Hasan Selangor Secara kesimpulannya, penubuhan Anak Syarikat oleh Kerajaan Negeri tidak semestinya dapat memberikan pulangan dalam bentuk keuntungan kepada Kerajaan Negeri. Justeru, jangkaan pembayaran dividen hanyalah terhad kepada Anak-Anak Syarikat yang bermotifkan keuntungan sahaja.