Mesyuarat Ketiga Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

3 November 2017, 06 November hingga 10 November 2017 dan 13 November hingga 16 November 2017

175) ANAK SYARIKAT NEGERI

Tahun: 2017

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Datuk Haji Johan Bin Abdul Aziz

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Senaraikan semua anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri Selangor serta objektifnya.

    Kerajaan Negeri melalui pegangan saham sebanyak 50% atau lebih, di mana Kerajaan Negeri mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi. Kerajaan Negeri mempunyai 13 Anak Syarikat di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan).

    Berikut merupakan senarai Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor :-

     

    Bil. Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor
    1. Permodalan Negeri Selangor Berhad
    2. Bukit Beruntung Golf & Country Resort
    3. Tourism Selangor Sdn Bhd
    4. Communication Corporation Sdn Bhd
    5. Rantaian Mesra Sdn Bhd
    6. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd
    7. Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd
    8. Kumpulan Darul Ehsan Berhad
    9. Kumpulan Semesta Sdn Bhd
    10. Invest Selangor Berhad
    11. Yayasan Warisan Anak Selangor
    12. Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor
    13. Yayasan Selangor

     

    1. Objektif Anak Syarikat Kerajaan Negeri adalah seperti berikut :-

     

    Bil Nama Anak Syarikat Objektif Penubuhan
    1. Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

     

    Objektif penubuhan PNSB adalah mengikut pengkhususan yang dijalankan oleh syarikat-syarikat subsidiarinya seperti berikut :

     

    Nama Anak Syarikat

    (Pegangan 100%)

    Objektif Penubuhan
    PNSB Development Sdn. Bhd. Pembangunan Hartanah
    PNSB Management Consultancy Sdn. Bhd. Pengurusan Projek & Perkhidmatan Perunding
    PNSB Properties Sdn. Bhd. Pengurusan Hartanah Milik PNSB
    PNSB Trading Sdn. Bhd. Trading
    PNSB Construction Sdn. Bhd. Kontraktor Pembinaan
    PNSB Insurance Brokers Sdn. Bhd. Broker Insurans
    2. Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGC) Objektif penubuhan BBGC adalah untuk menjadikan syarikat sebagai Resort Golf sebenar dalam setiap aspek perkhidmatan yang disediakan. Kualiti perkhidmatan yang cekap akan menjadi ciri utama kelab dan seterusnya kemudahan golf dan resort kelab akan menjadi antara yang terbaik di Malaysia.

     

    3. Tourism Selangor Sdn Bhd (TSSB) Objektif penubuhan TSSB adalah seperti berikut:

    –       mempromosikan Industri Pelancongan Negeri Selangor.

    –       menjadi badan pelancongan yang mempromosikan produk-produk pelancongan di Selangor

    –       mengendalikan acara-acara yang memberikan impak besar kepada sektor pelancongan di negeri Selangor

    –       dipertanggungjawabkan untuk menyelenggara serta mengenalpasti produk-produk pelancongan yang boleh diketengahkan kepada pelancong luar khususnya.

     

    4. Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) Objektif penubuhan CCSB adalah untuk mewujudkan sistem komunikasi berkesan di antara Kerajaan Negeri dan rakyat Negeri Selangor demi mewujudkan perkongsian harmoni dalam membangunkan Negeri Selangor serta berupaya menyebarluaskan kefahaman mengenai dasar dan hala tuju negeri dam mampu mengumpul maklum balas daripada rakyat.

     

    5. Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) Objektif penubuhan RMSB adalah untuk mempromosi dan mengurus program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang diletakkan dibawah pengendalian syarikat seperti Skim Mesra Usia Emas, Skim Kesihatan Wanita (Memogram), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Si Kembar), dan Skim Bantuan Tadika Selangor (Tunas)

     

    6. Pendidikan Industri YS Sdn Bhd (PIYSB) Objektif penubuhan PIYSB adalah seperti berikut:

    –       memberi pendidikan berkualiti tinggi dan terbaik kepada para pelajarnya yang disampaikan oleh para pensyarah yang komited kepada profesion mereka.

    –       membuat penyelidikan yang berkualiti berdasarkan piawaian antarabangsa.

    –       memperkuatkan reputasi kecemerlangan pada peringkat kebangsaan dan rantau Asean dan dari segi jangka panjangnya ke peringkat global.

    –       menyumbangkan perkhidmatannya kepada masyarakat Selangor khususnya dan negara amnya.

    7. Darul Ehsan Facilities Management Sdn Bhd (DEFM) Objektif penubuhan DEFM adalah sebagai pengurus fasiliti dan aset kepunyaan MBI dan Kerajaan Negeri Selangor serta mengoptimumkan kualiti dan nilai-nilai komersil setiap aset yang diuruskan.
    8. Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Objektif penubuhan KDEB adalah sebagai syarikat pegangan pelaburan didalam sektor yang berkepentingan kepada Kerajaan Negeri Selangor.

     

    KDEB masih selari dengan objektif penubuhannya. KDEB kini lebih memfokus kepada pelaburan di sektor pengurusan dan bekalan air.

     

    9. Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) Objektif penubuhan KSSB adalah untuk menjadi sebuah organisasi yang menguruskan pengeksplorasian, pengekstrakan, pengeluaran dan penjualan pasir, bahan batuan dan sumber-sumber mineral di Negeri Selangor.

     

    10. Invest Selangor Berhad (ISB) Objektif penubuhan ISB adalah untuk menjadi sebuah agensi promosi pelaburan kerajaan negeri yang bukan berorentasikan keuntungan. Aktiviti syarikat adalah di bawah Jawatankuasa Tetap Perdagangan, Pelaburan & Perindustrian N.Selangor yang mana Invest Selangor Berhad akan melaksanakan program/aktiviti promosi pelaburan yang telah dirancang ke arah mempromosikan Negeri Selangor sebagai destinasi pelaburan pilihan para pelabur. Antaranya adalah penganjuran program seperti seminar/bengkel/mesyuarat/expo dan juga lawatan promosi penggalakkan pelaburan ke luar negara.

     

    Pada masa ini, hala tuju penubuhan dan aktiviti syarikat yang dijalankan oleh anak syarikat Invest Selangor Berhad masih lagi selari dengan objektif asal penubuhannya.

     

    11 Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) Berdasarkan Perkara 3 dalam Memorandum and Articles of Associatiom (M&A), penubuhan YAWAS adalah untuk mewujudkan, menganjurkan mentadbir dan menyelenggara suatu dana untuk digunakan semata-mata bagi faedah dan kebajikan rakyat Selangor yang lahir dan didaftarkan di Negeri Selangor pada dan selepas 1 Januari 2008 iaitu projek Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS).

     

    Penetapan tarikh 1 Januari 2008 ini adalah suati titik permulaan pada penubuhan TAWAS yang merupakan salah satu program di dalam Agenda Merakyat Ekonomi Selangor (MES) yang diilhamkan oleh Kerajaan Negeri Selangor pada tahun 2008.

     

    12. Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor Objektif Yayasan Hijrah Selangor adalah untuk membantu melebarkan pendapatan kelas menengah dengan menyediakan bantuan kewangan berbentuk modal tambahan kepada usahawan-usahawan di Negeri Selangor.

     

    Yayasan Hijrah Selangor masih meneruskan usaha untuk membantu golongan usahawan di Negeri Selangor dengan menyediakan modal tambahan bagi meningkatkan pendapatan mereka. Sehingga kini seramai 32,061 usahawan telah dibantu dengan modal tambahan yang disalurkan berjumlah RM278,208,500.0. Hijrah Selangor terus melangkah untuk mencapai sasaran 56,000 usahawan menjelang Jun 2018.

     

    13. Yayasan Selangor Menyediakan prasarana pendidikan meliputi program, pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran, penyediaan asrama untuk anak-anak Selangor khususnya melalui pendapatan yang dijana YS daripada sewaan, projek pembangunan hartanah dan perladangan. Hala tuju YS masih lagi seperti objektif penubuhannya.

     

     

  2. Apakah inisiatif Kerajaan Negeri untuk membetulkan hala tuju anak syarikat yang telah tersasar dari objektif penubuhannya?

    Pada masa ini Anak Syarikat Kerajaan Negeri masih lagi melaksanakan pentadbiran dan pengurusan syarikat selaras dengan objektif dan matlamat asal penubuhannya. Walau bagaimanapun, terdapat dua(2) Anak Syarikat Kerajaan Negeri yang telah mengalami perubahan struktur bagi tujuan menambah baik prestasi syarikat serta bagi memastikan kelangsungannya pada masa hadapan. Perincian maklumat kepada Anak Syarikat yang berkaitan adalah seperti berikut:-

     

    Bukit Beruntung Golf & Country Resort (BBGC)

    • Pada peringkat awal, BBGC merupakan sebuah syarikat di bawah Talam Corporation Berhad. Seterusnya, Kerajaan Negeri telah mengambil alih BBGC daripada pihak Talam susulan daripada jumlah tunggakan hutang pihak Talam kepada Kerajaan Negeri adalah begitu besar.

     

    • Bagi mengelakkan jumlah tunggakkan tersebut menjadi lebih besar, satu Perjanjian Penyelesaian antara kedua pihak telah dipersetujui dan BBGC secara rasmi telah diambilalih oleh kerajaan negeri dan diletakkan dibawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan)(MBI).

     

    • Sehingga kini, objektif asal BBGC masih belum dipinda memandangkan Ahli Lembaga Pengarah BBGC berpendapat belum ada keperluan memandangkan BBGC sehingga kini tidak diuruskan sendiri oleh pihak Pemegang Saham (MBI). Bermula pada bulan Jun 2010 sehingga kini, BBGC telah diuruskan oleh pihak ketiga melalui kontrak Pengurusan dan Operasi Kelab Golf.

     

    Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS)

    • Sejak dari awal penubuhannya, YAWAS berfungsi sebagai agen promosi dan pengurusan program Insentif Peduli Rakyat (IPR).

     

    • Pada peringkat permulaan, hanya satu program IPR sahaja di diletakkan di bawah kendalian RMSB, iaitu Skim Mesra Emas. Kemudian pada tahun 2010, Skim Kesihatan Wanita (Memogram) mula diletakan di bawah pengurusan RMSB. Namun, fungsi syarikat tetap sama, iaitu promosi dan pengurusan semua program IPR di bawah kendaliannya. Seterusnya Sikembar dan Tunas mula ditambah pada tahun 2012.

     

    • Pada tahun 2016, RMSB dan YAWAS diarahkan untuk bergabung di mana semua program IPR di bawah kendalian RMSB akan dipindahkan ke bawah YAWAS dan semua kakitangan RMSB akan diserap ke dalam YAWAS.
    • Pada 16 Oktober 2016, kakitangan RMSB telah mula berpindah masuk ke pejabat YAWAS dan seterusnya pada 1 Mei 2017, kakitangan RMSB telah diserap masuk ke dalam organisasi YAWAS.

     

    • Urusan pergabungan antara RMSB dan YAWAS, masih lagi berjalan dan dijangka akan selesai sepenuhnya akhir tahun 2017 atau awal tahun 2018. Apabila proses pergabungan selesai sepenuhnya, RMSB sama ada akan ditutup operasinya atau akan di ‘dormant’ kan.

     

     

     

Lampiran

Tiada Lampiran.