Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2021

23 Ogos 2021 hingga 27 Ogos 2021, 30 Ogos 2021, 1 September 2021 hingga 3 September 2021 dan 6 September 2021

143) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2021

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Tuan Mohd Shaid Bin Rosli

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah perolehan pendapatan dan elaun bagi jawatan CEO atau pengerusi di setiap Anak Syarikat Kerajaan Negeri Selangor?

  2. Berapakah keuntungan hasil projek pembangunan perumahan antara Anak Syarikat Kerajaan Negeri dengan pemaju swasta?

  3. Apakah pulangan hasil kepada tanggungjawab masyarakat dan sosial di kawasan DUN Jeram yang dibangunkan oleh pemaju perumahan swasta (LBS, WORLDWIDE, ECO Grandeur)?

    PNSB sebagai Agensi Pelaksana bertanggungjawab terhadap masyarakat dan sosial DUN Jeram untuk menyelesaikan masalah projek perumahan Taman Alam Perdana yang terbengkalai semenjak tahun 2002. Antara tanggungjawab yang dibuat oleh PNSB ialah :-

    1. Rumah Teres Kos Sederhana (RTKS)

    a. Membaik pulih dan menyiapkan pembinaan 1,116 unit RTKS dan telah mendapat Sijil Perakuan Kelayakan Menduduki (C.F.) pada 1 Oktober 2013.

    b. Menyelesaikan masalah status tanah projek ini daripada pertanian kepada perumahan yang tidak dibuat oleh pemaju terdahulu iaitu LBCN Development Sdn. Bhd. semasa membuat permohonan tanah.

    c. Mengeluarkan Hakmilik Individu bagi setiap unit RTKS yang dibina.

    d. Mengenal pasti masalah pembeli dengan institusi pemberi pinjaman bagi menyelesaikan bayaran tertunggak pembelian unit rumah.

    e. Menyiapkan kemudahan infrastruktur termasuk jalan masuk, jalan dalaman, tangki dan kemudahan bekalan air, lanskap serta rumah pam dan paip pembentungan.

    2. Pangsapuri Kos Rendah (PKR)

    a. Menyediakan Hakmilik Blok dan Hakmilik Strata bagi 2,500 unit PKR yang telah disiapkan oleh Agensi Pelaksana iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

    b. Bersama SPNB melengkapkan kemudahan infrastruktur termasuk jalan, tangki air dan pembentungan.

    c. Bersama SPNB di dalam menyerahkan unit-unit PKR ini kepada pemilik asal, menjalankan Badan Pengurusan Bersama (JMB) sehingga penubuhan Management Corporation (MC) bagi pengurusan harta bersama.

Lampiran

Tiada Lampiran.