Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2009

09 November hingga 13 November 2009 dan 16 November hingga 17 November 2009

237) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI

Tahun: 2009

Sesi: 3

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Dato' Dr Ahmad Yunus Bin Hairi

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Berapakah jumlah pendapatan dan perbelanjaan untuk tiga tahun yang lalu dan setakat tahun ini.

    a) Jumlah pendapatan dan perbelanjaan untuk tiga tahun yang lalu dan setakat tahun ini.

    KDEB 2006 2007 2008 2009
    Pendapatan (RM) 443,636,000 474,329,000 214,282,498 13,685,000
    Perbelanjaan (RM) 393,029,000 436,414,000 179,833,956
    115,822,000
    PNSB 2006 2007 2008 2009
    Pendapatan (RM) 26,435,022 31,614,436 42,327,205.47 20,665,196.82
    Perbelanjaan (RM) 25,733,559 11,811,560 22,482,371.91
    8,867,202.95
    Pendidikan Industri YS 2006 2007 2008 2009
    Pendapatan (RM) 5,565,000 4,791,000 94,147,000 59,649,000
    Perbelanjaan (RM) 11,503,000 8,482,000 83,162,000 73,944,000

    *Bagi tahun 2009 tempoh kewangan adalah setakat 30 September 2009

    Tourism Selangor 2006 2007 2008 2009
    Pendapatan (RM) – 5,534,806 3,325,499 2,801,193.86
    Perbelanjaan (RM) – 5,457,790 3,760,666 2,836,501.33

    Rantaian Mesra Sdn Bhd 2006 2007 2008 2009
    Pendapatan (RM) – – 2,007,043 17,034.92
    Perbelanjaan (RM)
    – – 245,972 470,670.87
    SSIC Berhad 2006 2007 2008 2009
    Pendapatan (RM) – 5,003,316 5,425,644 1,115,926.89
    Perbelanjaan (RM)
    – 4,330,258 4,379,160 2,319,631.24
    Kumpulan Semesta S/B 2006 2007 2008 2009
    Pendapatan (RM) – – 4,824,874 9,139,486.23
    Perbelanjaan (RM)

    Bukit Beruntung Golf & – – 3,637,480 2,285,261.54
    Country Resort Berhad 2006 2007 2008 2009
    Pendapatan (RM) 3,633,000 3,389,000 282,000 1,645,198.20
    Perbelanjaan (RM) 4,913,000 4,855,000 399,000 2,363,402.37

    *Bagi tahun 2009 tempoh kewangan adalah setakat 30 September 2009.

    Jumlah pendapatan bagi semua anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk tiga tahun yang lalu dan setakat tahun ini adalah sebanyak RM1,479,270,380.39

    Jumlah perbelanjaan bagi semua anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor untuk tiga tahun yang lalu dan setakat tahun ini adalah sebanyak RM1,413,338,443.21.

  2. Apakah bentuk sumbangan kepada rakyat hasil yang diperoleh dalam jangka masa tersebut.

    1. Kumpulan Darul Ehsan Berhad

     

    • Sumbangan Program Komuniti/Kerajaan Prihatin

    Sejak tahun 2001 hingga 2008, Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah menyumbangkan kewangan berjumlah RM5.696 juta bagi Program Kerajaan Prihatin, pembinaan rumah baru/pembaik pulih rumah golongan kurang berkemampuan

     

    • Program Lain di Kawasan luar Bandar

    KDEB juga menaja sebanyak RM0.669 juta bagi pembinaan Pusat ICT, Projek Bahasa Inggeris dan Bantuan Cermin Mata kepada pelajar sekolah di kawasan kurang membangun dan kawasan pendalaman di Selangor.

     

    • Pembiayaan 20meterpadu Pertama Air Percuma kepada Rakyat Selangor

    Sejak bulan Jun 2008 hingga Mei 2009, KDEB telah membiayai 20meterpadu pertama air percuma berjumlah RM122,483,199 bagi pihak rakyat Selangor kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS).

     

    Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

    • Program Basmi Kemiskinan

    Bagi tempoh masa Jan – Disember 2008 PNSB telah membelanjakan sejumlah RM1,282,979.64 bagi kerja-kerja rumah baru/membaik pulih rumah bagi rakyat miskin.

    • Program Mesra Rakyat

    Bagi tempoh Jan – Disember 2008 PNSB telah memperuntukkan sejumlah RM3,182,000.00 bagi sumbangan kepada pelajar menengah/rendah, usahawan belia dan usahawan ibu tunggal serta sumbangan barangan berupa makanan kepada ibu tunggal dan orang miskin.

    • PEKAWANIS

    Sumbangan kepada ibu tunggal dan warga emas dalam tempoh 07 Sept 2008 sehingga 06 Oktober 2009 PNSB telah memperuntukkan sejumlah

    RM251,338.62 bagi program tersebut.

     

    Pendidikan Industri YS Sdn Bhd – Universiti Industri Selangor

    1) Sekolah Angkat

    Unisel kini mempunyai 9 sekolah angkat di Sembilan Daerah di seluruh negeri Selangor. Pemilihan sekolah berdasarkan prestasi atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan yang dijalankan dan kedudukan ekonomi ibu bapa pelajar. Aktiviti yang dijalankan untuk kepentingan pelajar di Sekolah Angkat yang kebanyakan berada di kawasan luar Bandar ialah memberi tuisyen percuma, kegiatan gotong royong, lawatan ke Unisel, program motivasi dan sebagainya.

     

    Tourism Selangor 

    • Sumbangan kepada Rumah Anak-anak Yatim Taman Medan

    Pada tahun 2008 Tourism Selangor memperuntukkan sejumlah RM1,000.00 untuk sumbangan kepada Rumah Anak-anak Yatim Taman Medan.

     

    • Dana Kebajikan dan Pendidikan YKSM

    Pada tahun 2009 membelanjakan sejumlah RM1,000.00 bagi Dana Kebajikan dan Pendidikan YKSM.

     

    Rantaian Mesra Sdn Bhd

     1) Melaksanakan Skim Mesra Usia Emas

    Seluruh Warga Emas dan Orang Kurang Upaya yang layak akan didaftarkan bagi memastikan mereka mendapat manfaat khairat kematian bernilai RM2500 apabila berlaku kematian.

Lampiran

Tiada Lampiran.