Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Tahun 2019
01 November 2019 hingga 13 November 2019
295) ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI
Tahun: 2019
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Datuk Rizam Bin Ismail
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Nyatakan jumlah keluasan tanah mengikut pecahan yang telah diberikan kepada anak syarikat kerajaan Negeri Selangor?
Untuk makluman YB, sejumlah 3,388.49 ekar tanah telah diberikan kepada anak syarikat kerajaan Negeri Selangor dari tahun 2015 hingga Oktober 2019. Senarai mengikut daerah adalah seperti di Lampiran 1.
-
Nyatakan statistik mengikut pecahan PBT dan apakah jenis pembangunan yang telah dilakukan pada tanah tersebut?
Pecahan keluasan tanah yang diberikan kepada anak syarikat kerajaan Negeri Selangor mengikut daerah adalah seperti di Lampiran 1.
-
Berapakah sumbangan hasil cukai tanah itu kepada Kerajaan Negeri?
Jumlah kutipan cukai tanah bagi kesemua hakmilik berbayar di bawah anak syarikat kerajaan Negeri Selangor bagi tahun 2017 sehingga 18 Oktober 2019 adalah berjumlah RM11,421,609.13. Kutipan cukai tanah ini adalah merangkumi pembayaran bagi 54,763 hakmilik kepunyaan tiga belas (13) anak syarikat tersebut. Pecahan jumlah kutipan untuk tahun 2017 adalah sebanyak RM44,789,249.28 bagi 15,586 hakmilik dengan pembayaran sebanyak RM11,147,531.40 oleh pihak Central Spectrum (M) Sdn. Bhd, RM530,778.18 oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB), RM453,856.30 oleh Kumpulan Perangsang Selangor Bhd., manakala RM69,171.30 dibayar oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), RM233,284.50 oleh pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), RM9,398.743.10 dibayar oleh pihak Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), RM18,071,135.28 oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), seterusnya RM831,508.80 oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), RM615,845.31 dibayar oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSKS), RM1,512,000.75 oleh pihak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), RM573,578.85 oleh SAP Holdings Berhad, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) pula membayar sebanyak RM543,847.61 dan akhir sekali Yayasan Selangor membayar sebanyak RM807,958.90. Buat makluman Y.B. Sungai Air Tawar, pada tahun 2018 pula, jumlah kutipan hasil cukai tanah bagi kesemua anak syarikat yang diterima adalah sebanyak RM29,177,031.76 meliputi pembayaran bagi 16,511 hakmilik. Pecahannya adalah merangkumi pembayaran oleh pihak Central Spectrum (M) Sdn. Bhd sebanyak RM5,572,372.20, RM536,118.50 oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB), RM337,635.10 oleh Kumpulan Perangsang Selangor Bhd., manakala RM66,028.65 dibayar oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), RM226,342.40 oleh pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), RM1,776,784.20 dibayar oleh pihak Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), RM16,975,173.69 dibayar oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), seterusnya RM836,977.20 oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), RM493,968.65 dibayar oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSKS), RM802,408.39 oleh pihak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), RM719,903.40 oleh SAP Holdings Berhad, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) pula membayar sebanyak RM300,065.18 dan akhir sekali Yayasan Selangor membayar sebanyak RM533,254.20.
Manakala untuk tahun 2019 sehingga 18 Oktober pula, jumlah kutipan cukai tanah bagi anak syarikat Kerajaan Negeri adalah berjumlah RM37,455,328.09 merangkumi sebanyak 22,666 hakmilik berbayar. Maklumat lengkap pecahan bayaran adalah seperti berikut iaitu pihak Central Spectrum (M) Sdn. Bhd membayar sebanyak RM6,498,027.85 diikuti oleh Kumpulan Darul Ehsan Bhd. (KDEB) sebanyak RM537,077.10, RM325,922.40 oleh Kumpulan Perangsang Selangor Bhd., manakala RM73,852.80 dibayar oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), RM282,692.00 oleh pihak Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), RM7,097,587.30 dibayar oleh pihak Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), RM18,099,357.67 dibayar oleh pihak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), seterusnya RM880,012.51 oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), RM502,444.61 dibayar oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (PSKS), RM1,998,766.50 oleh pihak Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), RM660,111.90 oleh SAP Holdings Berhad, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK) pula membayar sebanyak RM177,833.35 dan akhir sekali Yayasan Selangor membayar sebanyak RM321,642.10.