Mesyuarat Ketiga (Bajet) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
23 - 25 November, 29 - 30 November, 1 - 2 Disember & 5 - 6 Disember 2022
230) ANAK SUNGAI UDANG
Tahun: 2022
Sesi: 3
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Permasalahan isu banjir Anak Sungai Udang?
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sedang melaksanakan Kerja-kerja Menaiktaraf Saliran Anak Sungai Udang di Taman Sri Selayang Bagi Tujuan Tebatan Banjir, Mukim Batu, Daerah di jajaran Anak Sungai Udang yang tidak melibatkan pengambilan balik tanah. Maklumat kerja tersebut adalah seperti berikut:-
Selain itu, pihak JPS juga telah meningkatkan kekerapan pusingan kerja-kerja penyelenggaraan di sepanjang Anak Sungai Udang bagi memastikan aliran air sungai lebih lancar dan tidak terhalang oleh sampah sarap yang menjadi punca utama banjir di kawasan tersebut.
Sebagai langkah jangka masa panjang yang akan melibatkan pengambilan balik tanah, JPS telah memohon Projek Rancangan Tebatan Banjir Anak Sungai Udang, Daerah Gombak (Fasa 2) dengan anggaran kos sebanyak RM35 juta kepada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN). Surat kelulusan UPEN bertarikh 8 Disember 2021 meminta pihak JPS untuk membuat permohonan sebagai projek baru tahun 2023 dan sedang dalam pertimbangan dan kelulusan oleh pihak UPEN.
Komponen projek yang dipohon adalah seperti berikut:-
- Perunding Reka Bentuk Terperinci (termasuk Home Office Support/ Site Supervision), Perunding Mekanikal dan Elektrikal, Jurukur, Pelan Pemetaan Utiliti dan Penyiasatan Tapak
- Pengambilan balik tanah
- Pengalihan utiliti
- Kerja-kerja menaiktaraf sungai
- Pembinaan struktur tebatan banjir
- Pembinaan jambatan dan lintasan
- Menaiktaraf sistem saliran utama sedia ada
- Road Safety Audit (RSA)
- Pewartaan sungai