Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022

14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)

193) ANAK SUNGAI UDANG

Tahun: 2022

Sesi: 1

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Tuan Mohd Sany Bin Hamzan

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini projek menaiktaraf anak Sg Udang yang sering terjadi kejadian banjir kilat?

    Permohonan peruntukan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Anak Sg. Udang telah pun dipohon dalam Rolling Plan ke-3 (RP3) RMKe-12 di peringkat Persekutuan. Namun kelulusan permohonan tersebut masih belum diperolehi. Walau bagaimanapun, JPS Negeri Selangor akan memohon peruntukan pembangunan Negeri untuk melaksanakan projek RTB Anak Sg. Udang pada tahun 2023.

    Di samping itu, JPS telah mengambil inisiatif untuk menaiktaraf Anak Sg. Udang yang tidak melibatkan pengambilan balik tanah di mana cadangan jajaran telah dikenalpasti dan telah siap direka bentuk. Permohonan peruntukan akan dipohon melalui Mesyuarat Caruman Parit dan akan dilaksanakan dengan segera sekiranya diluluskan. Sekiranya projek ini dapat dilaksanakan, projek ini dijangka dapat mengurangkan kekerapan banjir di kawasan yang terlibat.

    Selain itu, pihak JPS juga telah meningkatkan kekerapan pusingan kerja-kerja penyelenggaraan di sepanjang Anak Sg. Udang bagi memastikan aliran air sungai lancar dan tidak terhalang oleh sampah sarap.

Lampiran

Tiada Lampiran.