Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

153) ANAK MUDA TERCICIR PELAJARAN

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Pendidikan

Adun: Y.B. Tuan Budiman Bin Mohd Zohdi

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah perancangan Kerajaan Negeri untuk membantu anak muda yang tercicir dalam pelajaran?

    Bagi membantu anak muda yang tercicir dalam pelajaran, Kerajaan Negeri telah bekerjasama dengan pelbagai agensi dalam melaksanakan program-program berbentuk kerjaya dan keusahawanan untuk membuka minda anak muda tersebut terus maju dalam

  2. Apakah program yang telah dilaksanakan untuk membantu anak muda tersebut pada tahun 2015?

    Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah melaksanakan beberapa program bertujuan untuk membantu anak muda yang tercicir dalam pelajaran dan antara program yang telah dilaksanakan adalah:

     

    • Program YES : Youth Enhancement Strategy Selangor (Program Strategi Peningkatan Kemahiran Belia Selangor) yang memberi fokus kepada belia dan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tidak berjaya ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) untuk diberi peluang menjalani latihan meningkatkan kemahiran dan kelayakan dalam bidang-bidang tertentu bagi memenuhi keperluan industri. Program ini membolehkan anak muda mendapat pekerjaan terus di industri selepas tamat latihan di SHRDC;

     

    • Program Kerjaya – Jom Kerja berbentuk Karnival yang telah diadakan di semua daerah di Negeri Selangor dengan mengadakan temu duga terbuka (walk in interview) oleh syarikat-syarikat yang memerlukan pekerja.

     

    • Program Latihan Rangsangan Kerjaya Rakyat Selangor (RKRS) secara percuma terutamanya latihan keusahawanan seperti penternakan, bakeri, percetakan segera, jahitan pakaian, penjagaan awal kanak- kanak, makanan ringan (cendol dan laksa), penyelenggaraan penyaman udara, mutawwif, rawatan wanita selepas bersalin dan

     

    jurubekam klinikal bertauliah. Seramai 203 orang telah selesai menjalani Program RKRS secara percuma yang terdiri daripada belia, suri rumah, pesara dan ibu tunggal.

     

    • Kursus dan latihan keusahawanan untuk belia bagi memberi pendedahan mengenai peluang-peluang perniagaan yang boleh diceburi serta maklumat-maklumat

     

    • Menyediakan pembelajaran ilmu teknikal dan vokasional serta latihan kemahiran di Kolej INPENS bagi mereka yang ingin meneruskan pembelajaran tanpa latar belakang pendidikan

Lampiran

Tiada Lampiran.