Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Tahun 2017

24 Julai 2017 hingga 28 Julai 2017 dan 31 Julai 2017 hingga 04 Ogos 2017

133) ANAK MUDA DAN SUKAN LASAK

Tahun: 2017

Sesi: 1

Isu: Generasi Muda & Sukan

Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah dasar Kerajaan terhadap sukan lasak khususnya skateboarding, rock climbing dan hang gliding?

    Kerajaan Negeri sentiasa menyokong penuh aktiviti sukan lasak seperti skateboarding, rock climbing dan hang gliding. Aktiviti seumpama ini adalah menyihatkan dan pada masa yang sama menguji anak-anak muda dalam sukan lasak. Kerajaan Negeri melalui Bahagian Pembangunan Generasi Muda, Majlis Sukan Negeri Selangor sentiasa menyokong dan berusaha menyebarluaskan aktiviti ini ke seluruh Selangor.

     

  2. Adakah Selangor merancang mendahului negeri-negeri lain dengan membangunkan kemudahan dalam tiga sukan lasak ini?

    Selangor buat masa ini dalam proses perbincangan dalam membangunkan sukan aktiviti lasak ini. Ia bergantung kepada keperluan dan kehendak masyarakat setempat.

  3. Senaraikan kemudahan tiga sukan lasak ini menurut PBT

    Terdapat beberapa tempat yang menyediakan aktiviti sukan lasak ini. Yang pertama di Gua Damai, Batu Caves. Gua Damai terkenal dengan aktiviti lasak rock climbing dan ia menjadi tumpuan para climber, dengan izin, memanjat bukit di situ. Tempat ini terletak di bawah kawasan Majlis Perbandaran Selayang. Yang kedua adalah Skatepark di Lembah Keramat, AU5C. Tempat ini juga menjadi tumpuan para peminat sukan ekstrem dan aktiviti skateboarding, rollerblading mendapat sambutan yang ramai di situ. Adalah dimaklumkan pada setiap petang ada anak-anak muda beriadah malah menganjurkan kejohanan-kejohanan bersifat komuniti di situ. Dan yang ketiga ialah di Extreme Park @ 13, Shah Alam.

Lampiran

Tiada Lampiran.