Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2015
30 Oktober 2015, 02 November - 06 November 2015 dan 11 November - 13 November 2015
4) ANAK MUDA DALAM POLITIK
Tahun: 2015
Sesi: 3
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Tuan Haji Saari Bin Sungib
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah dasar Kerajaan terhadap penglibatan anak muda dalam politik?
Di dalam Dasar Belia Selangor telah dinyatakan bahawa aspek kepimpinan dan organisasi adalah salah satu daripada 10 bidang keutamaan di dalam pembangunan generasi muda di Selangor. Penglibatan anak muda di dalam politik adalah baik dan digalakkan sebagai salah satu daripada usaha untuk memupuk sifat kepimpinan dan
-
Apakah program yang dijalankan oleh Kerajaan untuk menanam kepada mereka kefahaman dan prinsip demokrasi tulen?
Program Adun Muda merupakan satu program yang dijalankan oleh Kerajaan Negeri untuk menanam kefahaman dan prinsip demokrasi. Para peserta program ini dapat mempelajari secara langsung bagaimana Sidang Dewan Undangan Negeri Selangor berfungsi dan kepentingan sistem ini dalam menjamin prinsip demokrasi tulen
-
Apakah agensi dan siapakah anggota-anggota pasukan yang melaksanakan program ini?
Program ini dijalankan dengan kerjasama antara Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda dan Sukan, Jawatankuasa Tetap Pendidikan dan Pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri