Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016
28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016
213) ANAK MUDA
Tahun: 2016
Sesi: 1
Isu: Generasi Muda & Sukan
Adun: Y.B. Puan Tiew Way Keng
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Berapakah peratusan orang yang mendapat rumah Selangorku ialah anak muda?
Untuk makluman Yang Berhormat, daripada 1 Januari 2015 hingga 15 Mac 2016 seramai 7,584 orang pemohon telah ditawarkan Rumah Selangorku. Daripada jumlah tersebut 78% pemohon adalah merupakan golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 35
-
Bagaimanakah Kerajaan Selangor memastikan anak muda dapat memiliki rumah sendiri di Selangor?
Golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 35 tahun sekiranya layak dan menepati syarat-syarat kelayakan permohonan Rumah Selangorku boleh ditawarkan rumah di Negeri Selangor di mana Jawatankuasa Pemilihan Senarai Nama Pemohon menetapkan kuota berjumlah 30% boleh dipertimbangkan kepada golongan belia yang berumur 35 tahun ke bawah untuk ditawarkan Rumah
-
Berapakah peratusan usahawan dalam Selangor merupakan anak muda?
- Unit Pembangunan Usahawan tidak mempunyai data lengkap dan spesifik mengenai data usahawan anak muda di negeri Selangor. Walau bagaimanapun data perniagaan boleh dirujuk ke Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) tetapi akan mengambil masa dan melibatkan kos. Walau bagaimana pun program-program di bawah agensi-agensi Kerajaan Negeri Selangor telah banyak membantu ramai kalangan usahawan seperti program berikut:
Bil Program Jenis Bantuan Jumlah Usahawan 1. Unit Pembangunan Usahawan – Dana Usahawan Mikro dan Latihan – Ruang Niaga (ekspo dan
festival)
310 950
2. Blueprint Pinjaman kewangan 2,397 3. Hijrah Pinjaman kewangan 15,264 4. MAIS Zakat Bantuan Modal,Peralatan, Latihan 920 5. Kumpulan Perangsang Bhd Bantuan Peralatan, Latihan 603 6. PKNS – Perintis Usahawan Bimbingan dan Latihan 1,920 7. PKNS – Tunas Niaga Bimbingan dan Latihan 10,075 8. PKNS – Kelab Permata Selangor Bimbingan dan Latihan 6,969 9. PKNS – GROW Bimbingan dan Latihan 150 JUMLAH KESELURUHAN 39,558