Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Tahun 2010
08 November hingga 12 November 2010 dan 15 November 2010
93) ANAK-ANAK SYARIKAT NEGERI SELANGOR (GLC)
Tahun: 2010
Sesi: 3
Isu: Kewangan & Ekonomi
Adun: Y.B. Puan Gan Pei Nei
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Senaraikan anak-anak syarikat Negeri Selangor serta peratusan milikan saham oleh Kerajaan Negeri Selangor dalam syarikat-syarikat tersebut.
Bil Syarikat Unit Saham Nilai Saham (RM) (%) 1 Kumpulan Darul Ehsan Berhad 262,408,163 289,966,506.00 100 2 Permodalan Nasional Berhad 24,000,000 24,000,000.00 100 3 Pendidikan Industri YS Sdn Bhd 643,694 643,694.00 100 4 Bukit Beruntung Golf & Country Resort Bhd 5,000,000 55,000,000.00 100 5 Kumpulan Semesta Sdn Bhd 2,499,998 2,499,998.00 99.9 6 Tourism Selangor Sdn Bhd 1,999,998 1,999,998.00 99.9 7 Rantaian Mesra Sdn Bhd 1,999,998 1,999,998.00 99.9 8 SSIC Berhad 1,999,999 1,999,999.00 99.9 9 Communication Corporation Sdn Bhd 1,000,000 1,000,000.00 100 10 Majlis Sukan Negeri Selangor (H) Sdn Bhd 1,000,000 1,000,000.00 100 11 Yayasan Warisan Anak Selangor – – – 12 Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor – – – - Senarai yang diberi adalah berkaitan Anak-anak Syarikat dibawah MBI
-
Apakah langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri bagi memantau dan meningkatkan prestasi anak-anak syarikat negeri Selangor serta syarikat subsidiari di bawahnya?
Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan Negeri bagi memantau dan meningkatkan prestasi Anak-anak Syarikat Negeri Selangor serta syarikat subsidiari di bawahnya adalah dengan mengadakan perbincangan secara berkala dengan Pengurusan Anak-anak Syarikat bagi memastikan mereka mengikut peraturan perkhidmatan dan kewangan syarikat.
Selain daripada itu, Kerajaan Negeri juga perlu memastikan kos-kos perbelanjaan Anak-anak Syarikat juga perlu dikawal dengan memberi mereka tunjuk ajar dan nasihat yang sewajarnya berkaitan aspek tersebut.
-
Apakah langkah yang diambil oleh kerajaan bagi mengurangkan penglibatan anakanak syarikat Negeri Selangor dalam pasaran ekonomi bagi memastikan persaingan bebas dan kompetitif dalam pembangunan di Negeri Selangor?
Langkah-langkah yang diambil oleh Kerajaan bagi mengurangkan penglibatan Anak-anak Syarikat Negeri Selangor dalam pasaran ekonomi bagi memastikan persaingan bebas dan kompetitif dalam pembangunan di Negeri Selangor adalah dengan tidak sewenang-wenangnya memberi sokongan kewangan kepada Anak-anak Syarikat, ini adalah untuk memberi peluang kepada mereka berdikari mengatasi masalah kewangan mereka sendiri. Selain daripada itu, adalah wajar sekiranya Kerajaan Negeri tidak mencampuri urusan harian Anak-anak Syarikat seperti mengeluarkan surat sokongan kepada pihak ketiga untuk Anak-anak Syarikat menjalankan aktiviti perniagaan mereka, secara tidak langsung ini dapat membuktikan Kerajaan Negeri tidak menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi pihak lain bagi kepentingan Anak-anak Syarikat Kerajaan Negeri.