Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

28 Mac - 01 April 2016 dan 04 April - 08 April 2016

13) ANAK-ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI SELANGOR

Tahun: 2016

Sesi: 1

Isu: Kewangan & Ekonomi

Adun: Y.B. Puan Yeo Bee Yin

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini rasionalisasi anak-anak syarikat Menteri Besar Incorporated (MBI)?

    Proses rasionalisasi anak-anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (“MBI”) dilakukan bagi memastikan aset-aset Kerajaan Negeri tidak lagi berada di dalam keadaan yang tidak terurus, fragmented dan disarray. Pihak pengurusan MBI masih menjalankan kerja-kerja penelitian dalam usaha menggabungkan kesemua anak syarikatnya di bawah setiap kluster yang khusus supaya duplikasi aktiviti ekonomi di antara anak syarikat tidak lagi wujud, ‘economies of scale’ dapat dicipta, penciptaan nilai yang kukuh dan mampan – Sustainable Value Creation dan ‘corporate efficiency and responsibility’ dapat

    Selain itu, pihak pengurusan MBI juga sedang memberi tumpuan terhadap memperkasakan struktur amalan tadbir urus korporat Darul Ehsan Investment Group (“DEIG”) yang masih dalam penelitian.

  2. Bila kerajaan akan membentangkan pindaan Enakmen MBI 1994?

    Apabila pengurusan baru MBI mengambil inisiatif untuk meneliti semula Enakmen MBI 1994, ianya adalah berdasarkan kepada semangat untuk memastikan perjalanan operasi MBI itu berteraskan kepada prinsip integriti, ketelusan dan kebertanggungjawaban seperti kewajipan untuk mewujudkan Jabatan Audit Dalaman, mendapatkan firma audit luaran untuk menjalankan audit tahunan dan seterusnya, membenarkan Jabatan Audit Negara menjalankan audit tahunan padanya, dan kemudiannya melanjutkan laporan audit tahunan tersebut kepada Perbendaharaan Negeri dan seterusnya kepada Dewan Undangan Negeri (“DUN”). MBI dan anak-anak syarikatnya juga bertanggungjawab untuk memuatnaik laporan audit tahunannya secara online di laman web masing-masing.

     

    Pihak pengurusan baru MBI kini masih dalam proses membuat kerja-kerja penelitian kepada beberapa maklum balas yang telah diberikan oleh Kamar Penasihat Undang-Undang dan pihak-pihak lain yang telah dilantik dalam usaha menghasilkan satu piawaian tadbir urus korporat bertulis yang seragam dan terpakai kepada MBI dan anak-anak syarikatnya bagi mencapai hasrat dan semangat tersebut mengikut kaedah perundangan negeri yang dibenarkan.

  3. Adakah kerajaan berhasrat untuk menjalankan rasionalisasi dan konsolidasi anak-anak syarikat PKNS, PKPS dan Yayasan Selangor? Jika ya, apakah status? Jika tidak, kenapa?

    Setakat ini, pihak pengurusan baru MBI hanya ditugaskan untuk merencana satu perancangan strategik bagi menjalankan proses rasionalisasi dan konsolidasi aset anak-anak syarikat

Lampiran

Tiada Lampiran.