Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Tahun 2016

31 October - 4 November 2016 dan 7 November - 10 November 2016

244) AMALAN KONSERVASI AIR

Tahun: 2016

Sesi: 3

Isu: Infrastruktur & Kemudahan Awam

Adun: Y.B. Puan Rodziah Binti Ismail

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah kempen bagi membudayakan amalan konservasi air dalam kehidupan harian yang di lakukan dalam kehidupan harian?

    penggunaan air di negara ini adalah amat tinggi iaitu pada anggaran 220 – 250 liter per kapita berbanding dengan kadar yang dicadangkan oleh WHO pada

    160 liter sehari. Menyedari keadaan tersebut, Kerajaan Negeri telah melancarkan Kempen Jom Jimat Air pada Mac 2016 yang lepas bertujuan untuk memberi kesedaran mengenai isu-isu air dan peringatan kepada pengguna supaya menggunakan air secara berhemat dan mengelakkan pembaziran di samping menggalakkan tabiat berjimat cermat demi memastikan kelangsungan bekalan air.

  2. Sejauhmana kejayaan kempen diukur bagi mengatakan kempen ini Berjaya?

    Kempen Jom Jimat Air merupakan satu bentuk usaha jangka panjang bagi mewujudkan budaya berhemat dalam penggunaan air. Sekiranya diukur dari segi kejayaan kempen, penggunaan air di Selangor pada waktu ini adalah pada tahap yang tidak banyak berubah, namun fokus dan matlamat utama yang cuba disampaikan melalui kempen ini adalah aspek pembudayaan yang melibatkan perubahan sikap dan cara hidup, dan ia dijangka akan mengambil jangka masa yang

  3. Apakah teknologi ñrain water harvestingî menjadi salah satu kempen? Bagaimana ianya di laksanakan?

    Apa yang dibangkitkan oleh YB tidak dapat dinafikan iaitu teknologi rain water harvesting merupakan sesuatu yang baik dan telah banyak diamalkan di negara-negara maju. Perkara ini turut menjadi sebahagian daripada agenda Kerajaan Negeri pada masa hadapan, namun bukan sebahagian daripada agenda khusus dalam Kempen Jom Jimat Air yang dilaksanakan pada masa ini.

Lampiran

Tiada Lampiran.