Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Kelima Dewan Negeri Selangor Yang Keempat Belas Tahun 2022
14 Mac 2022 - 18 Mac 2022 Dan 21 Mac 2022 - 25 Mac 2022 (Isnin - Jumaat, dan Isnin - Jumaat)
162) ALIRAN SUNGAI LANGAT
Tahun: 2022
Sesi: 1
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Tuan Edry Faizal Bin Eddy Yusof
Kategori: Mulut
Sub Soalan
-
Apakah kewujudan loji Langat 2 di Sungai Langat melambatkan lagi kelajuan aliran air Sungai Langat ketika hujan berbanding sebelum kewujudan loji?
Projek Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 berkapasiti 1,130 Juta Liter Sehari (JLH) merupakan salah satu projek di bawah Kerajaan Persekutuan yang dibangunkan oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan telah mula beroperasi pada 21 Disember 2019. LRA ini menampung kapasiti bekalan air kepada penduduk Wilayah Hulu Langat, Petaling dan Kuala Lumpur. Pada masa kini, LRA Langat 2 dioperasikan oleh Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd.
Punca bekalan air mentah LRA Langat 2 ini adalah daripada Sungai Semantan di Negeri Pahang dan melalui terowong sepanjang 40-kilometer sehingga he Negeri Selangor di bawah Projek Penyaluran Air Mentah Pahaang Selangor (PAMPS). Air mentah ini akan masuk ke LRA Langat 2 untuk dirawat.
Sehubungan itu, projek LRA Langat 2 tidak melibatkan pengambilan air Sungai Langat. Berdasarkan pemantauan yang dilaksanakan secara berkala, sehingga kini pihak LUAS tidak menerima aduan berkaitan kewujudan LRA Langat 2 ini melambatkan lagi aliran Sungai Langat atau sebaliknya ketika hujan kerana bekalan air diterima terus memasuki sistem LRA dan tidak menjejaskan Sungai Langat.