Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor Tahun 2008
21 Mei hingga 22 Mei 2008, 24 Mei dan 26 Mei 2008
61) ALAM SEKITAR (PROJEK PENTERNAKAN BABI)
Tahun: 2008
Sesi: 2
Isu: Alam Sekitar
Adun: Y.B. Dato' Mohd Shamsudin Bin Lias
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah sebab projek ternakan babi secara besar-besaran ini diberi keutamaan yang tinggi oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk dilaksanakan sebaik sahaja Pakatan Rakyat (Gabungan PKR, DAP, dan PAS) memenangi Pilihan raya Umum ke-12 di Negeri Selangor?
Projek Ternakan Babi Moden yang akan dilaksanakan di Ladang Tumbuk Kuala
Langat merupakan kelangsungan daripada kerajaan terdahulu. Projek ini perlu
dilaksanakan bagi mengatasi masalah pencemaran alam yang telah ditanggung
oleh penduduk sekitar lebih dari 20 tahun lalu. -
Adakah Kerajaan Negeri Selangor benar-benar serius untuk menjalankan kajian impak alam sekitar sebelum melaksanakan projek penternakan babi secara besar-besaran tersebut bagi mengelakkan kesan pencemaran ke atas alam sekitar dan bagaimanakah kajian tersebut akan dijalankan?
Kajian impak alam sekitar akan dijalankan projek tersebut akan dibangunkan
secara in-situ. -
Jika benar, bilakah kajian impak tersebut akan dilaksanakan dan tempoh kajian tersebut akan disiapkan serta siapakah yang akan dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian tersebut?
Kerajaan Negeri telah mengarahkan syarikat yang terlibat untuk menjalankan
kajian tersebut. Kerajaan Negerijuga telah melantik dua ( 2 ) orang profesor dari
UniversitiPetronas membantuKerajaan Negeri memantaukajiantersebut.