Mesyuarat Pertama (Pembukaan) Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2025
18 Februari - 21 Februari 2025, 24 Februari - 28 Februari 2025 dan 3 Mac 2025
297) ALAM SEKITAR
Tahun: 2025
Sesi: 1
Isu: n/a
Adun: Y.B. Datuk Abdul Rashid Bin Asari
Kategori: Bertulis
Sub Soalan
-
Apakah usaha Kerajaan Negeri dalam pemuliharaan alam sekitar dan kesannya kepada Selat Klang?
Jabatan Alam Sekitar telah melaksanakan beberapa langkah bagi pemuliharaan alam sekitar seperti berikut:
- bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengeluarkan ulasan bagi memastikan aktiviti pembangunan yang lestari di dalam proses memajukan negara;
- menjalankan pemantauan dan pemeriksaan berkala bagi tujuan penguatkuasaan ke atas kilang-kilang yang sedang beroperasi dari masa ke semasa;
- menyediakan platform penerimaan aduan melalui laman sesawang https://eaduan.doe.gov.my/ bagi orang awam menyampaikan maklumat atau isu berkaitan alam sekitar;
- menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima serta mengambil tindakan perundangan bagi setiap aduan yang dikenalpasti berasas di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974; dan
- menjalankan kempen atau aktiviti kesedaran alam sekitar bersama pihak komuniti setempat, institusi pengajian tinggi, sekolah dan industri dari masa ke semasa.
-
Apakah kempen kesedaran alam sekitar yang dijalankan untuk melibatkan komuniti tempatan?
Jabatan Alam Sekitar juga sentiasa dan terus menjalankan kempen-kempen kesedaran dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk sifat tanggungjawab dikalangan masyarakat selaras dengan tema alam sekitar tanggungjawab bersama. Antara program yang dijalankan bersama komuniti tempatan adalah seperti berikut:
- Program pengumpulan e-waste;
- Program kesedaran berkaitan pencemaran udara, pengurusan kebakaran tanah gambut dan perlindungan lapisan ozon;
- Program pembersihan pantai dan sungai;
- Program Plastic Busters;
- Ceramah berkaitan alam sekitar melibatkan penduduk dan komuniti setempat; dan
- Pameran alam sekitar.
Selain itu, Jabatan Alam Sekitar juga turut menjalankan program-program kesedaran dengan penglibatan masyarakat dan orang awam bersempena sambutan Hari Alam Sekitar Negara, Hari Ozon Sedunia, Hari Bumi dan Hari Alam Sekitar Sedunia.