Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

42) ALAM SEKITAR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Gunarajah A/l R George

Kategori: Bertulis

Sub Soalan

  1. Apakah status terkini usaha pemuliharaan Sungai Klang menerusi Projek Selangor Maritime Gateway (SMG)?

    usaha pemuliharaan Sungai Klang menerusi Selangor Maritime Gateway (SMG) melibatkan kerja-kerja pembersihan sungai dan program mitigasi banjir di bawah projek Pengurusan Sumber Air Bersepadu (Integrated Water Resource Management). Kerja-kerja pembersihan di Sungai Klang masih berterusan dan sehingga kini, pihak Landasan Lumayan Sdn Bhd telah mengeluarkan sejumlah 89,074 metrik tan sampah setakat 31 Disember 2023. Manakala bagi program mitigasi banjir yang melibatkan kerja-kerja pendalaman dan pelebaran sungai serta pengukuhan ban tebing sungai, kemajuan keseluruhan projek sehingga 31 Disember 2023 adalah sebanyak 5.93% berbanding kemajuan yang dijadualkan sebanuak 5.81%. Kerja-kerja pendalaman dan pelebaran Sungai Klang kini sedang dijalankan di Zon 6 (Sungai Kandis ke Alam Impian) dan Zon 8 (Kota Kemuning ke Kampung Lombong).

  2. Apakah tahap kualiti air Sungai Klang semenjak pelaksanaan inisiatif ini?

    Semenjak pelaksanaan inisiatif Selangor Maritime Gateway (SMG), kualiti air Sungai Klang semakin baik di mana purata bacaan Indeks Kualiti Air (IKA) pada tahun 2023 berada pada tahap Kelas III dan ke atas. Pemantauan kualiti air dilaksanakan secara berterusan setiap hari dan bacaan IKA boleh dilihat secara ‘real-time’melalui laman web https://www.selangormaritimegateway.com. Sampah terapung juga telah berkurang sebanyak 67% pada tahun 2023 berbanding kutipan tahun 2016.

Lampiran

Tiada Lampiran.