Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor Yang Kelima Belas Tahun 2024

33) ALAM SEKITAR

Tahun: 2024

Sesi: 1

Isu: Alam Sekitar

Adun: Y.B. Tuan Azmizam Bin Zaman Huri

Kategori: Mulut

Sub Soalan

  1. Apakah inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri untuk melindungi dan memulihara alam sekitar di Selangor?

    Inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri dalam melindungi dan memulihara alam sekitar di Negeri Selangor seperti berikut:

    1. Kempen Penanaman Pokok;
    2. Program Hari Bebas Plastik dan Polisterina;
    3. Kempen Penggalakkan Pemasangan Lampu Solar;
    4. Hari Tanpa Kenderaan; dan
    5. Kempen Kitar Semula.
  2. Bagaimanakah Kerajaan Negeri akan mengatasi masalah pencemaran sungai?

    Kerajaan Negeri melalui Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaksanakan dua belas (12) tindakan bagi mengatasi isu pencemaran Sungai seperti berikut:

    1. menjalankan rondaan 24 jam melalui Skuad PANTAS LUAS;
    2. menjalankan tinjauan sungai-sungai di Negeri Selangor melalui Unit Penguatkuasaan LUAS;
    3. menjalankan Kajian Inventori Guna Tanah Di Rizab Sungai;
    4. melaksanakan pemasangan stesen telemetri kualiti air di hulu muka sauk;
    5. pemantauan berkala ke atas kawasan-kawasan yang telah diisytiharkan sebagai zon perlindungan;
    6. melaksanakan tindakan penguatkuasaan secara penyitaan di bawah Seksyen 99A sehingga seksyen 99F Enakmen LUAS 1999;
    7. mengambil tindakan penguatkuasaan secara pengkompaunan atau pendakwaan secara terus bagi kesalahan-kesalahan berkaitan pencemaran sumber air tanpa lesen/kebenaran;
    8. kolaborasi bersama agensi-agensi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri dalam mengesan suspek-suspek yang disyaki menyebabkan pencemaran air;
    9. melaksanakan River Monitoring Program (RMP);
    10. mempergiatkan usaha pemuliharaan sungai-sungai di Negeri Selangor;
    11. melaksanakan Polisi Pelepasan Sifar (Zero Discharge Policy-ZDP) dan (Polluters Pay Principle-PPP); dan
    12. pemantauan dan penguatkuasaan berterusan bagi isu-isu pencemaran melalui jawatankuasa-jawatankuasa yang telah ditubuhkan.
  3. Apakah langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan amalan kitar semula di kalangan rakyat?

    Langkah-langkah yang diambil untuk menggalakkan amalan kitar semula di kalangan masyarakat adalah seperti berikut:

    1. Menyediakan lebih banyak kemudahan Pusat Kitar Semula;
    2. Memberi insentif/award kepada individu/syarikat yang aktif dalam aktiviti kitar semula;
    3. Menjalankan penguatkuasaan berterusan di premis-premis perniagaan untuk tidak membekalkan beg plastik sekali guna dan polisterina;
    4. Mempergiatkan Kempen Kitar Semula di setiap acara/program rasmi kerajaan;
    5. Memberi bengkel kesedaran mengenai Program Kitar Semula kepada semua lapisan masyarakat terutama di sekolah dan Institut Pengajian Tinggi;
    6. Menggalakkan premis-premis menyediakan beg kitar semula kepada pengguna sama ada secara percuma atau jualan dengan harga beg yang berpatutan;
    7. Menjadikan beg kitar semula sebagai salah satu pemberian/sumbangan semasa program atau acara bersama komuniti; dan
    8. Penganjuran program bawa beg sendiri di bazar-bazar ramadhan dan pasar malam dengan memberikan insentif berbentuk kupon/makanan kepada pengguna yang menyertai program tersebut.

Lampiran

Tiada Lampiran.